Twitter ‘RESET’ Akaun Presiden AS

544

Bakal Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden perlu bermula dari bawah, mengumpulkan pengikutnya di Twitter memandangkan jumlah pengikut akaun rasmi @POTUS akan dihapuskan serta-merta sebaik sahaja berlaku peralihan kuasa.

Laman media sosial tersebut tidak akan memindahkan 33.2 juta pengikut semasa @POTUS (President Of The United States) ketika Biden berkuasa bermula 20 Januari 2021.

Perkara ini turut terkesan kepada beberapa akaun rasmi kerajaan AS, misalnya akaun rasmi White House (26 juta pengikut), akaun rasmi timbalan presiden yang dipegang Mike Pence ketika ini (10.3 juta pengikut) dan akaun rasmi wanita pertama AS (16.4 juta pengikut).

Keputusan yang diambil Twitter, Inc. jelas bercanggah dengan polisi rangkaian sosial terdahulu kerana semasa Presiden AS, Donald Trump mentadbir negara pada 2017, Twitter memindahkan jumlah pengikut tanpa mengekalkan kicauan sepanjang pentadbiran Barrack Obama.

Akaun @POTUS yang dikendalikan oleh Trump sepanjang empat tahun lalu akan di-archive dengan username baru @POTUS45, seperti yang berlaku terhadap akaun POTUS Obama @POTUS44.

Sementara itu, akaun rasmi Twitter milik Biden memiliki 21.7 juta pengikut.

Bagaimanapun, Twitter telah memaklumkan bahawa kesemua pengikut akaun-akaun rasmi tersebut akan menerima notifikasi tentang perubahan tersebut.

Twitter juga tidak memberi sebarang komen lanjut, menjelaskan tindakan tersebut yang jelas berbeza dengan empat tahun lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat