UAE & Vietnam Kuasai Penggunaan Kripto Global, Negara Mana Tertinggal Di Belakang?

585

“Wow UAE paling atas eh, yang lain apa lagi kena pecutlah.”

Data baharu daripada Triple -A mendedahkan penerimaan mata wang kripto semakin meningkat secara global di mana Emiriah Arab Bersatu (UAE) berada di kedudukan paling atas diikuti Vietnam yang berada di tempat kedua.

Diperjelaskan lebih lanjut, UAE mendahului dunia dalam penggunaan kripto susulan lebih 30% penduduknya kira-kira 3 juta orang telah memiliki aset digital yang sejak kebelakangan ini pergerakan harganya kian tidak menentu.

Perkembangan positif tersebut telah mencerminkan penerimaan UAE yang berfikiran ke hadapan terhadap teknologi kewangan dan aspirasinya bagi menjadi hab teknologi kewangan utama di dalam dunia ini.

Menduduki tempat kedua ialah Vietnam susulan 21.2% daripada penduduk atau sekitar 21 juta orang telah terlibat dengan kripto dan ini menunjukkan keutamaannya untuk mempelbagaikan pelaburan dalam kalangan warga Vietnam.

Suka dimaklumkan Vietnam adalah satu-satunya negara teratas Asia Selatan yang berjaya mengatasi Singapura sungguhpun ia berstatus sebagai negara maju yang ramai orang memandang tinggi terhadapnya.

Susulan daripada pelaburan tradisional yang dianggap kurang boleh diakses atau memberi ganjaran, aset digital dapat menawarkan jalan baharu untuk mencipta kekayaan lumayan kepada ramai orang yang kini pun sudah terdedah dengan aset digital.

Umum mengetahui bahawa Amerika Syarikat (AS) pula menduduki tempat ketiga dengan 15.6 rakyatnya memegang kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat