Ubat Berasaskan Ganja, Epidiolex Catat Jualan Meningkat Dua Kali Ganda.

331

GW Pharma melaporkan jualan daripada ubat epilepsi yang berasaskan ganja itu naik dua kali ganda berbanding sebelum ini. Produknya, Epidiolex mencatatkan jualan sebanyak $68.4 juta berbanding $33.5 juta pada suku pertama. Berikutan kejayaan itu, saham GW Pharma meningkat $1.11 kepada $152.42.

Penganalisa dari Wall Street menjangkakan jualan Epidiolex hanya sekitar $40.9 juta selepas melaporkan jualan sebelum itu pada nilai $33.5 juta. Peningkatan ini menunjukkan bahawa permintaan dari kalangan pesakit di AS amat tinggi.

Sejak produk itu dilancarkan, lebih 12 ribu pesakit telah mendapat manfaat daripada ubat tersebut dan telah diedarkan kepada 2,500 doktor.

Secara keseluruhan, GW Pharma melaporkan untung bersih bagi suku kedua ialah $78.9 juta, atau 21 sen sesaham berbanding kerugian yang ditanggung sebanyak $84 juta atau 25 sen sesaham pada suku yang sama tahun lalu.

Syarikat yang berpangkalan di United Kingdom itu merekodkan kenaikan $104.1 juta melalui penjualan aset tidak nyata (intangible), secara tidak langsung memberi kesan kepada kenaikan untung bersih. Hasil juga meningkat kepada $72 juta berbanding $3.3 juta untuk suku yang sama tahun lalu.

Kelulusan dari Suruhanjaya Eropah mengenai Epidiolex dijangka akan dikeluarkan pada awal Oktober ini, dan ubat ini bersedia untuk dilancarkan di negara seperti Perancis, German dan United Kingdom pada suku keempat tahun ini . Bagi negara Sepanyol dan Itali pula, ubat ini bakal dilancarkan pada tahun 2020.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat