Uber, Lyft Bergelut Pamer Prestasi Memberangsangkan

164

Uber dan Lyft masih meneruskan momentum negatif sejak disenaraikan di Wall Street awal tahun ini. Harga saham bagi kedua-dua syarikat itu ketika ini didagangkan kira-kira 30% lebih rendah berbanding harga tawaran mereka. Ini berikutan kebimbangan para pelabur yang mahukan syarikat itu menunjukkan hasil yang positif di dalam laporan kewangan mereka.

Namun begitu, kedua-dua syarikat ini mencatatkan kenaikan untuk dagangan semalam. Uber naik $1.29 kepada $31.99 manakala Lyft naik $0.93 kepada $46.35.

Kedua-dua syarikat baru-baru ini kehilangan sejumlah wang yang besar di mana Uber mencatatkan kerugian lebih daripada $5.2 bilion pada suku kedua, sementara Lyft melaporkan kerugian hampir $650 juta. Melihat kepada prestasi terkini, kedua-duanya dijangka akan terus mengalami kerugian untuk tahun hadapan.

Walau bagaimanapun, Lyft mencatat pertumbuhan pendapatan yang menakjubkan. Jualan Lyft naik lebih daripada 70% dari suku yang sama tahun lalu. Berbeza dengan Uber yang mempunyai saiz syarikat yang jauh lebih besar berbanding Lyft, jadi bukanlah suatu yang mengejutkan jika jualannya tidak berkembang secepat Lyft.

Uber dan Lyft berada di tempat yang sangat berbeza dan mereka menjadi ancaman utama antara satu sama lain. Uber juga harus bersaing dengan syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang hampir sama dengan mereka seperti Didi, Ola, Grab dan Careem di pasaran antarabangsa.

Situasi yang berlaku ini bukan sahaja melibatkan syarikat pengguna seperti Uber dan Lyft. Syarikat Slack, yang menawarkan khidmat pesanan turut merekodkan kerugian. Syarikat itu dijangka melaporkan kerugian suku tahunan hampir $270 juta dan ini merupakan kali pertama syarikat itu mendedahkan laporan kewangannya sejak penyenaraian Jun lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat