Ucapan Gabenor Lowe Jadi Tumpuan Utama Sesi Asia – Ini Reaksi Matawang Aussie

276

Sesi pasaran Asia hari ini tertumpu kepada ucapan Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA) Philip Lowe di mana beliau menyatakan bank pusat masih melihat potensi untuk pemotongan kadar faedah dari paras semasa jika kadar pengangguran meningkat dan inflasi kekal rendah.

Berdasarkan data pada Disember lalu, kadar pengangguran menurun kepada 5.1% manakala inflasi pula menunjukkan peningkatan, menunjukkan tiada keperluan untuk pengurangan kadar faedah setakat ini.

Beliau berkata pelonggaran lebih lanjut akan membantu isi rumah yang berhutang dan menyokong penggunaan swasta. Ia juga akan menurunkan nilai matawang tempatan seterusnya meningkatkan permintaan eksport dan menyokong pekerjaan.

Gabenor Lowe juga menyatakan kebimbangannya mengenai kesan kadar faedah yang rendah terhadap peningkatan harga rumah.

Selain itu, Lowe juga percaya bahawa kebakaran hutan di Australia akan menyebabkan penurunan dalam pertumbuhan GDP sebanyak 0.2% antara suku bulan Disember dan Mac manakala kemarau pula akan menjejaskan 0.25% pertumbuhan sepanjang tahun ini. Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk menentukan keseluruhan impak coronavirus.

Di samping itu, beliau juga menyeru supaya kerajaan dan sektor perniagaan untuk menggunakan kadar faedah yang rendah untuk lebih banyak meminjam dan melabur dalam usaha meningkatkan produktiviti ekonomi serta membantu melindungi negara daripada perubahan iklim.

Susulan daripada ucapan Lowe, dagangan dolar Aussie diniagakan meningkat berbanding US dolar sebelum menyusut semula ekoran bacaan data PMI perkhidmatan Caixin China yang menunjukkan penurunan.

Selain ucapan Lowe, antara yang menjadi tumpuan utama pasaran hari ini adalah penerbitan data pekerjaan dari New Zealand menunjukkan bacaan bercampur-campur mendorong peningkatan dagangan kiwi sebelum jatuh semula berbanding USD.

Kadar pengangguran New Zealand menurun kepada 4.0%, jauh lebih baik daripada bacaan sebelum ini 4.1% dan melebihi jangkaan untuk meningkat 4.2%. Bagaimanapun, data perubahan pekerjaan tersasar daripada jangkaan untuk susut kepada 0.0% berbanding jangkaan 0.3%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat