Ucapan Hawkish Gabenor BOC Mengujakan Pelabur!

310

Kenyataan positif Gabenor Bank Pusat Kanada (BOC), Tiff Macklem telah membantu dolar loonie untuk kembali memadamkan kerugian yang dicatatkan berbanding US dolar.

Ketua utama bank pusat itu mengatakan bahawa tindakan yang diambil untuk mengurangkan (tapering) pembelian bon kerajaan baru-baru ini, adalah langkah yang tepat untuk ekonomi Kanada.

Pada bulan lalu, BOC telah memutuskan untuk memperlahankan pelonggaran dalam program pembelian bon mingguannya dari C$4 bilion kepada C$3 bilion, menjadikanya sebagai bank pusat pertama dari G7 yang mengetatkan dasar.

Macklem kemudiannya mengakui bahawa ekonomi masih memerlukan sejumlah besar sokongan wang, tetapi beliau merasa selesa dengan penarikan semula langkah rangsangan sebelum ini kerana ketahanan ekonomi domestik, termasuk pemulihan kuat daripada gelombang kedua Covid-19 pada awal tahun ini.

Optimisme yang dipamerkan Gabenor BOC terus menyokong matawang dolar Kanada untuk mengukuh di sekitar paras ketinggian hampir enam tahun berbanding dolar greenback yang lemah.

Pengukuhan matawang komoditi itu turut didorong peningkatan harga minyak mentah yang disokong oleh keyakinan pasaran terhadap pemulihan ekonomi yang lebih kuat akan memacu permintaan terhadap bahan bakar global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat