Ucapan Poloz Penyebab Lonjakan 140 Pip USD/CAD Semalam

667

Dolar Kanada (CAD) menjunam pada Selasa selepas komen dovish Gabenor Poloz dengan USD/CAD naik 150 pip. Selain itu, GBP/CAD juga naik 270 pip, NZD/CAD naik 150 pip dan CAD/JPY turun 130 pip.

Ketegangan perdagangan bermaksud Dollar Kanada dalam keadaan berisiko kerana ketegangan itu menyebabkan Bank of Canada (BoC) mengurangkan kenaikan kadar faedahnya di masa hadapan.

Dolar Kanada merosot begitu banyak berbanding matawang-matawang utama yang lain pada Selasa selepas ucapan oleh Gabenor BoC, Stephen Poloz. Komen Poloz menyebabkan pasaran bimbang dengan potensi kenaikan kadar faedah bank pusat yang semakin berkurangan di masa hadapan.

Poloz memberi ucapan mengenai pasaran buruh di mana beliau percaya pekerja-pekerja golongan muda masih boleh ditingkatkan. Hal ini menimbulkan persoalan bahawa ekonomi Kanada masih belum mencapai gunatenaga-penuh (full-employment).

“Secara tradisinya, kadar penyertaan tenaga buruh menurun semasa kemelesetan dan pulih semula semasa tempoh pertumbuhan ekonomi. Kadar penyertaan populasi masyarakat yang lain semakin meningkat, tetapi golongan muda masih belum menunjukkan kenaikan sejak daripada kemelesetan ekonomi.”

Penyertaan dalam pasaran buruh dan konsep gunatenaga-penuh penting untuk pasaran matawang kerana ia memberi impak kepada jangkaan bank pusat kepada kadar kenaikan gaji, yang merupakan pemacu utama inflasi dan seterusnya kadar faedah.

Pasaran menganggap ucapan Gabenor Poloz sebagai dovish. Timbalan Gabenor Lane telah menyatakan sebelum ini bahawa bank pusat masih melihatbeberapa masalah kecil dalam pasaran buruh, dan Poloz telah berkata dalam ucapannya sebelum ini bahawa kadar penyertaan belia boleh ditingkatkan.

Kuasai Analisis Fundamental/Sentimen Dengan Buku Ini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat