Ucapan Powell Ganaskan Pasaran Kripto!

777

Ibu segala mata wang kripto Bitcoin (BTC) termasuk beberapa aset digital lain berjaya membuat lonjakan selepas Pengerusi Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell menyatakan bahawa beliau bakal mengurangkan kenaikan kadar faedah pada mesyuarat polisi bulan Disember.

Hasilnya, BTC terus mencanak 4% selepas ucapan Powell tersebut di mana kini didagangkan pada zon harga $17,159 manakala mata wang kripto kedua terbesar Ethereum (ETH) raih 6% pada $1,289 dalam tempoh 24 jam lalu.

Malah, pergerakan aset digital utama turut memberi reaksi apabila Powell berhasrat menyerderhanakan kenaikan kadar faedah dalam tempoh terdekat ini.

Difahamkan bahawa inflasi AS kini adalah pada paras tertinggi 40 tahun susulan bank pusat bertindak menaikkan kadar faedah 75 mata asas sebanyak empat kali mesyuarat berturut-turut.

Namun, keadaan mungkin berbeza kali ini apabila Fed dijangkakan akan menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas sahaja untuk mesyuarat terakhir tahun 2022 ini.

Hal ini telah memberi kesan penyusutan yang ketara buat mata wang dolar AS sementara S&P500 meningkat sebanyak 2% berikutan ucapan tersebut.

Meneliti kajian, para pelabur yang sudah mula menganggap kripto sebagai aset berisiko telah mengakibatkan pasarannya sekarang sentiasa mengikuti pergerakan ekuiti AS.

Rentetan itu, kebanyakan pelabur lebih berminat pada dolar berbanding aset lain atas sebab Fed yang mengetatkan dasar monetari secara agresif sebelum ini bagi mengawal inflasi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat