Udang Galah Pernah Jadi Makanan Banduan

237

Tahukah anda bahawa udang galah pernah menjadi makanan harian banduan di penjara serta makanan orang miskin dan dipandang hina oleh orang kaya?

Sebut mengenai udang galah, ramai yang bersetuju bahawa udang galah merupakan hidangan laut yang mahal dan merupakan makanan golongan elit.

Pada awal abad ke-16, para peneroka Eropah datang ke Amerika Utara. Di situ, mereka mendakwa melihat banyak udang galah di situ.

Masyarakat pada ketika itu sering makan udang galah sehinggakan mereka bosan dengan hidangan berkenaan dan jatuh sakit kerana menikmati makanan itu dengan kuantiti yang terlalu banyak. Udang galah juga digunakan sebagai umpan bagi para pemancing.

Selain itu, jumlah udang galah yang terlalu banyak membuatkan haiwan terbabit dianggap sebagai simbol kemiskinan pada waktu berkenaan. Di rumah golongan elit, udang galah menjadi santapan kepada pembantu rumah sahaja.

Disebabkan jumlah udang galah yang terus meningkat, haiwan itu turut digelar sebagai ‘lipas di dalam lautan’. Oleh itu, adalah menjadi satu penghinaan sekiranya udang galah disajikan di atas meja golongan kaya dan terhormat.

Sebaliknya, udang galah menjadi makanan utama bagi banduan namun segelintir pihak berpendapat bahawa memberi udang galah sebagai makanan kepada banduan secara berterusan merupakan hukuman yang paling kejam.

Pandangan terhadap udang galah ini berlanjutan selama bertahun lamanya sehinggalah ketika era Victoria pada abad ke-19. Harga kacang panggang ketika itu berharga lebih kurang 53 sen per paun dan udang galah berharga 11 sen per paun.

Udang galah pada era itu juga dijadikan sebagai makanan untuk kucing,  anda boleh bayangkan betapa ‘tidak bernilainya’ udang galah pada waktu tersebut.

Menjelang tahun 1940, orang ramai mula membeli udang galah di dalam tin seperti kita membeli sardin dan tuna pada hari ini. Malangnya, bekalan udang galah makin berkurang dan nelayan perlu kerap menangkap haiwan tersebut.

Selepas itu, produk ulang galah dalam tin tidak lagi menguntungkan dan harga udang galah semakin mahal. Makanan yang pernah berharga AS$4 pada tahun 1870, kini berharga lebih AS$30 selepas satu abad kemudian.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat