UK Akhirnya Berundur Daripada EU! Perubahan Apakah Yang Akan Dilakukan?

996

Pada keesokan hari UK akan meninggalkan Kesatuan Eropah pada hari Jumaat, namun hubungan antara negara itu dengan blok Kesatuan Eropah tidak akan berubah banyak pada ketika ini.

Bahasa mudahnya jika pada minggu hadapan jika rakyat UK ingin terbang ke salah satu negara di Kesatuan Eropah ataupun rakyat di EU ingin menghantar produk ke UK maka tidak akan ada perbezaan dari segi proeses atau pengamalan seperti sebelum ini. Syarat-syaratnya masih kekal sama.

UK akan berhenti menjadi ahli Kesatuan Eropah pada jam 11.00 p.m waktu London pada hari Jumaat ataupun 7 pagi waktu Malaysia (Sabtu) dan tempoh peralihan akan bermula dari saat itu dan seterusnya. Secara praktikalnya, UK masih tetap tertakluk pada undang-undang dan peraturan Eropah namun UK tidak akan mempunyai hak mengundi di parlimen EU dan masih dibenarkan untuk membangunkan pengaturan perdagangan baru dengan negara-negara lain di seluruh dunia. Semua ini hanya termaktub sepanjang tempoh peralihan sehingga akhir tahun 2020.

Data yang diterbitkan pada bulan Julai menunjukkan bahawa perdagangan antara 27 negara Eropah dengan UK adalah sebanyak 5.2% daripada jumlah perdagangan di rantau tersebut pada tahun 2018. Sebagai perbandingan, perdagangan UK dengan negara-negara EU yang lain mewakili lebih separuh daripada jumlah dagangannya pada tahun yang sama.

Kerajaan UK akan mengadakan mesyuarat khas di utara England dan Perdana Menteri Boris Johnson akan memberi ucapan pada petang Jumaat waktu London. Selain itu, kerajaan UK juga akan mengadakan upacara khas seperti menghitung waktu pengunduran UK daripada Kesatuan Eropah. Sementara itu, di Eropah tiada upacara khas yang akan dilakukan pada hari Jumaat tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat