UK Bakal Berhadapan Malapetaka? Ramalan JP Morgan Buatkan Pelabur Semakin Khuatir!

552

Krisis hubungan perdagangan antara UK dan Kesatuan Eropah semakin meningkat dan bertambah buruk setelah UK mengancam akan mengetepikan perjanjian Brexit kecuali syarat perdagangan bebas dapat disepakati pada bulan hadapan.

PM Johnson tekad untuk menamatkan rundingan sehingga pertengahan Oktober setelah menyaksikan hanya sedikit kemajuan yang dibuat dalam beberapa rundingan sebelum ini berikutan perbezaan kedua-dua pihak.

Pihak UK dilaporkan sedang merancang undang-undang baru yang akan menggantikan bahagian-bahagian penting dalam Perjanjian Pengeluaran Brexit yang dimenterai pada bulan Januari. Johnson menyatakan bahawa sekiranya perjanjian perdagangan bebas tidak dicapai sebelum atau pada 15 Oktober maka beliau tidak melihat perlunya perjanjian tersebut diteruskan.

Perkara ini berpotensi merosakkan keseuluruhan perjanjian Brexit dan berkemungkinan terjadi hasil Brexit tanpa perjanjian. Dapatan para ahli ekonmi JPMorgan pada hari ini menyatakan bahawa Keluaran dalam negara kasar (KDNK)/(GDP) UK pada tahun 2021 akan berkurangan setidak-tidaknya 3 peratus dan akan mendorong Bank of England (BoE) untuk meningkatkan pembelian aset dan bahkan untuk mengurangkan kadar faedah di bawah sifar.

Ramalan tersebut dikeluarkan ditengah-tengah laporan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson berusaha untuk menyakinkan para penggubal undang-undang yang membangkang untuk menyokong rang undang-undang yang diusulkan beliau melalui pungutan undian pada hari Isnin.

Dalam kenyataan tersebut turut menyatakan bahawa kebarangkalian 1/3 terjadinya hard Brexit namun dalam masa yang sama mengakui tarikh akhir pada Oktober akan meningkatkan persepsi risiko. Pada ketika ini kadar dasar utama adalah di bawah sifar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat