UK Bakal Umum Lebih Banyak Perbelanjaan Untuk Ekonomi

210

Menteri Kewangan Britain, Rishi Sunak akan melancarkan rancangan perbelanjaan kerajaan untuk tahun yang akan datang dalam Kajian Perbelanjaannya di parlimen pada hari ini.

Sunak dijangka akan mengumumkan perbelanjaan tambahan untuk meringankan tunggakan operasi dalam sistem kesihatan, mengatasi lonjakan pengangguran dan membangunkan insfrastruktur baru serta kenaikan dalam perbelanjaan pertahanan.

Dengan keluarnya UK sepenuhnya dari Kesatuan Eropah (EU) pada 31 Disember ketika perjanjian perdagangan baru, Sunak berkemungkinan akan mengumumkan lebih banyak perbelanjaan untuk operasi kastam dan penggantian subsidi untuk petani.

Bagaimanapun, unjuran kos pinjaman yang disertakan dalam rangka tindakannya mungkin akan mengurangkan rancangan perbelanjaan tersebut.

Defisit belanjawan dijangka meningkat kepada sekitar 20% daripada output ekonomi, hampir dua kali ganda dari tahap yang dialami ketika krisis kewangan global yang mengambil masa satu dekad untuk mengurangkan pinjaman.

Selain itu, beliau juga dijangka akan menyatakan pandangan sejauh mana kesan pandemik coronavirus ke atas ekonomi UK yang mana ia diunjurkan akan kembali kepada penguncupan pada tiga bulan terakhir tahun ini susulan kebangkitan semula jangkitan coronavirus sehingga menyebabkan penutupan dilaksanakan di negara itu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat