UK Berjaya Elak Kemelesetan, Tetapi Dengan Pertumbuhan Tahunan Yang Lemah!

217

Selepas mengalami penguncupan dalam pertumbuhan pada suku kedua, ekonomi UK kembali menunjukkan pertumbuhan kepada 0.3% pada suku ketiga 2019, iaitu meningkat daripada -0.2% dicatatkan pada suku kedua sebelum ini, yang merupakan penguncupan pertama sejak 2012.

Bagaimanapun, pertumbuhan yang dicatatkan pada suku ketiga adalah sedikit tersasar daripada jangkaan pasaran yang diunjurkan pada 0.4%. Dari tahun ke tahun, pertumbuhan sebanyak 1% merupakan kadar pertumbuhan tahunan paling lemah sejak suku pertama pada 2010.

Kelembapan ini mencerminkan pemulihan yang lebih kecil daripada yang dijangkakan dalam pertumbuhan selepas penguncupan pada suku kedua, apabila perniagaan menghadapi masalah pengeluaran bahan mentah yang tidak terjual selepas Brexit ditangguhkan dari akhir bulan Mac.

Terdapat kebimbangan mengenai ketidakpastian Brexit akan mendorong ekonomi kepada pertumbuhan yang negatif, tetapi sektor perkhidmatan UK yang merangkumi pelbagai industri dari pengeluaran filem dan TV ke perbankan menunjukkan pengukuhan untuk terus menyokong pertumbuhan yang positif.

Sementara itu, Menteri Kewangan Sajid Javid berpendapat bahawa angka pertumbuhan yang dicatatkan pada suku ketiga, ia adalah ‘tanda selamat datang’ bahawa asas-asas ekonomi UK adalah kukuh.

Bagaimanapun, ahli Parti Buruh John McDonnell pula memberikan pandangan berbeza dengan menyatakan hakikat bahawa kerajaan yang meraikan 0.1% pertumbuhan dalam tempoh enam bulan lalu adalah tanda kepada betapa rendahnya harapan dan jangkaan mereka terhadap ekonomi UK.

Pertumbuhan ekonomi bagi suku ketiga berkembang kepada 0.3%, di bawah bacaan 0.4% yang diunjurkan oleh Bank of England (BOE) dan ahli ekonomi sektor swasta. Ekonomi UK telah kehilangan momentum sejak referendum Brexit pada 2016, di mana sebelum ini ia menunjukkan pertumbuhan lebih daripada 2% setahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat