UK Cari Sekutu Untuk Jatuhkan Dominasi 5G China

714

UK telah mencadangkan untuk membentuk sekutu dari 10 negara demokratik (D10) untuk mengurangkan kebergantungan mereka terhadap China dalam membangunkan rangkaian teknologi tanpa wayar 5G.

Britain dilaporkan telah menghubungi Amerika Syarikat untuk mewujudkan kelab D10, yang mana ia akan disertai oleh negara G7 iaitu Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, UK, AS dengan tambahan tiga negara lain iaitu Australia, Korea Selatan dan India.

Kebimbangan terhadap dominasi syarikat telekomunikasi gergasi China, Huawei, dikatakan telah mendorong kepada tercetusnya rancangan ini.

Tambahan daripada itu, tujuan rancangan ini juga dilaporkan dibuat untuk menyalurkan pelaburan awam dalam kemajuan penyelidikan tanpa wayar kepada syarikat dari 10 negara terbabit.

Minggu lalu, terdapat laporan bahawa UK akan menghentikan penggunaan peralatan telekomunikasi Huawei setelah Perdana Menteri Boris Johnson menerima desakan daripada beberapa wakil parti konservatif dan Presiden AS Donald Trump.

Memetik kepada laporan The Guardian, PM Johnson dikatakan telah memerintahkan para pegawai untuk memastikan bahawa Huawei dikeluarkan dari rancangan 5G menjelang tahun 2023.

Sebelum ini, UK terus menggunakan kemudahan teknologi dari Huawei, tetapi dengan jumlah yang terhad dan bukan sebagai kelengkapan teras untuk rangkaian 5Gnya. Penggunaan peralatan juga dihadkan kepada 35% sahaja bagi kawasan yang dikategorikan sebagai tidak sensitif.

Baru-baru ini juga pentadbiran Trump telah mengumumkan untuk mengenakan sekatan ke atas Huawei dengan menghalangnya dari mendapatkan cip dari pembekal global Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat