UK Catat Pertumbuhan Setahun Paling Perlahan Pada Bulan Oktober!

397

Ekonomi UK berkembang pada kadar yang paling paling perlahan dalam tempoh hampir 7 tahun pada bulan Oktober. Data ini dikeluarkan menjelang pilihan raya umum pada hari Khamis, dimana kedua-dua parti kelihatan menjanjikan dalam menjana  pertumbuhan ekonomi.

Tarikh akhir untuk Brexit dan pertumbuhan ekonomi global yang perlahan telah memberi impak terhadap industri perkilangan dan pembinaan di UK pada bulan Oktober.

Keluaran Dalam Negara Kasar meningkat sebanyak 0.7% setahun pada bulan Oktober jika dibandingkan pada Oktober 2018, pertumbuhan ini merupakan pertumbuhan terlemah sejak Mac 2012 iaitu pada ketika UK sedang berhadapan dengan krisis kewangan global.

Walaubagaimanapun, berdasarkan laporan Jabatan Statistik UK, Keluaran Dalam Negara Kasar di U.K tidak berubah dalam tempoh tiga bulan hingga Oktober 2019 dan sejajar dengan jangkaan pasaran. Melalui perbandingan bulanan juga, kadar KDNK tidak berubah namun tersasar daripada jangkaan pasaran yang mensasarkan peningkatan 0.1% sebulan.

Ketua Ekonomi England di Jabatan Perundingan Ekonomi, Paul Dales berpendapat kadar kemerosotan dalam KDNK pada bulan Oktober tidak akan mempengaruhi undian orang ramai pada pemilihan calon pada hari Khamis, tetapi ia boleh mendorong lebih banyak lagi (pegawai Bank of England) untuk mempertimbangkan kadar faedah pada bulan-bulan akan datang.

Pasaran kini menumpukan pada pilihan raya umum bulan Disember yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat