UK Degil Mahu Rundingan Hubungan Di Masa Hadapan Bersama EU

43

Michael Barnier, ketua perunding Brexit untuk Kesatuan Eropah berkata pada Selasa pendirian Brussels “pada hari pertama rundingan” adalah jelas dan telah menggariskan sembilan pendirian yang telah dikeluarkan oleh ketua-ketua negara Zon Eropah.

Komen ini dibuat selepas, David Davis ketua perunding UK menggesa unttuk mempercepatkan rundingan dan bersetuju dengan hubungan dagangan di masa hadapan walaupun terma Brexit belum ditentukan.

“Saya percaya rundingan awal telah menunjukkan banyak persoalan keluarnya UK dari EU adalah mustahil untuk tidak mengaitkannya dengan hubungan di masa hadapan.”

“Kedua-dua pihak perlu mempercepatkan rundingan hubungan di masa hadapan tanpa penangguhan.”

Namun, Barnier di dalam Twitternya seperti menunjukkan bantahan dengan beberapa siri komennya termasuk: “Rundingan pusingan ketiga bersama UK akan bermula minggu depan. Fokus adalah kepada keluarnya UK dari EU. Pendirian EU jelas dan terang sejak rundingan hari pertama lagi.”

Beliau juga memberi komen: “Hak kerakyatan: hak kesaksamaan dan perlindungan di bawah undang-undang EU kepada rakyat EU dan UK seperti sekarang.

“Pembayaran kewangan: EU/UK patut menghormati obligasi kewangan masing-masing.

Secara keseluruhan, dari komen yang dilontarkan oleh kedua pihak semalam tidak menunjukkan sebarang perubahan dari segi pendirian EU. Kesatuan Eropah tetap bertegas dengan tuntutan mereka, di mana UK masih berdegil mahu merundingkan hubungan dagangan lebih awal.

Dengan pendirian Michael Barnier yang tetap bertegas semalam, ini menunjukkan sentimen terhadap Brexit kekal negatif dengan tiada berita positif yang baru kepada UK.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat