UK Dijangka Akan Teruskan Lockdown, Ucapan Boris Johnson Jadi Tumpuan

537

Perdana Menteri UK Boris Johnson dilaporkan tidak akan mengangkat arahan perintah berkurung (lockdown) di negara itu setelah Britain muncul sebagai salah satu negara yang mempunyai kadar kematian yang tertinggi di dunia.

PM Johnson akan berucap pada hari ini dalam satu sidang media di Downing Street untuk memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak mengharapkan sebarang perubahan besar dalam arahan sekatan oleh kerajaan.

Data yang diterbitkan oleh Pejabat Kabinet pada hari Rabu menunjukkan Sepanyol dan Belgium antara negara yang mempunyai kadar kematian yang paling tinggi di dunia, selain Britain.

Perdana Menteri itu akan mempengerusikan mesyuarat Kabinet pada hari ini, di mana para menteri akan membincangkan mengenai tindakan selanjutnya.

Sejak kebelakangan ini, kerajaan pimpinan PM Johnson telah menerima tekanan yang besar berikutan kritikan ke atas cara pengendaliannya dalam mengekang penularan wabak pandemik yang dilihat tidak memandang dengan serius mengenai risiko yang akan ditimbulkan pada awal penularan coronavirus.

Malah, kegagalan menteri-menteri UK untuk mendapatkan peralatan pelindung diri (PPE) dan tidak mencapai 100,000 sasaran ujian COVID-19 harian telah menambah tekanan kepada pentadbiran beliau.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Setiausaha Luar Negeri Dominic Raab mengatakan bahawa Britain perlu meningkatkan usaha dan memeterai perjanjian Brexit pada akhir tahun ini bagi memberi peluang terbaik kepada perniagaan di UK untuk bangkit semula daripada kesan coronavirus.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat