UK Optimis Penyertaan Negara Dalam Perjanjian Ini Akan Buahkan Hasil!

264

Sudah 1 bulan Britain secara rasmi bebas dari keterikatan dengan Kesatuan Eropah setelah perjanjian Brexit dapat dicapai dengan jayanya sebelum 31 Disember. Laporan terkini , Britain telah membuat satu permintaan rasmi untuk menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) pada hari Isnin.

UK berharap negara mereka dapat menjadi ahli dalam perjanjian yang melibatkan 11 negara dengan harapan ia dapat menjadi langkah awal membuka lebih banyak peluang perdagangan. Menurut menteri perdagangan UK, Liz Truss, langkah tersebut dapat meletakkan Britain berada dalam lingkungan negara-negara yang mempunyai perkembangan ekonomi paling pesat di dunia.

Menurut penganalisis, UK kini berada dalam fasa menyesuaikan keadaan dengan syarat perdagangan baru dengan Kesatuan Eropah (EU) walaupun sedikit tertekan dengan keterikatan yang menyebabkan eksport ke EU lebih rumit dan mahal.

Dengan perjanjian CTTPP, UK dapat menikmati penghapusan tarif sehingga 95% antara negara anggota iaitu Jepun, Kanada, Australia, Vietnam, New Zealand, Singapura, Mexico, Peru, Brunei, Chile dan Malaysia.

Britain berpendapat bahawa pengunduran dari EU adalah satu keputusan yang tepat kerana negara UK telah bebas untuk melakukan perjanjian perdagangan dengan negara lain. Pasaran optimis bahawa hubungan perdagangan pelbagai hala mampu untuk mengukuhkan ekonomi UK.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat