UK Perkemas Persediaan Berdepan Situasi Brexit Tanpa Perjanjian!

538

Bermula minggu kedua buat Boris Johnson sebagai pemimpin Tory baru menggantikan Theresa May dengan beberapa jawatan penting dalam pentadbiran telah berundur dan juga pelantikan oleh beberapa muka baru membentuk pasukan impian PM Johnson.

Beliau perlu menyerap tekanan berikutan laporan bahawa Kesatuan Eropah (EU) tidak akan merundingkan semula perjanjian Brexit. Oleh itu, PM Johnson perlu menangani dengan segera permasalahan Brexit dalam waktu yang singkat walaupun ada laporan mengatakan berkemungkinan tarikh akhir Brexit bakal ditangguhkan lagi.

Awal dagangan pada minggu ini menyaksikan penurunan pada dagangan Pound Sterling berbanding dolar Amerika mencatatkan paras terendah terbaru pada tahun ini di bawah paras 1.23400.

Penurunan tersebut didorong oleh laporan bahawa Boris Johson dan kerajaan baru beliau sedang merapikan persiapan untuk menghadapi situasi pengunduran Brexit tanpa perjanjian.

Laporan diperkuatkan lagi oleh ucapan oleh Setiausaha Luar Negeri UK, Dominic Raab menerusi Reuters bahawa mereka sedang bersedia untuk berdepan kesan ke arah pengunduran Britain tanpa perjanjian bersama Kesatuan Eropah.

Jawatankuasa kerajaan setiap hari akan melaksanakan urusan perancangan no-deal Brexit dan sejumlah 4 bilion pound telah diperuntukkan untuk persediaan meninggalkan Kesatuan Eropah dan akan diuruskan oleh Menteri Kewangan selanjutnya.

Ahli penggubal undang-undang Konservatif, Oliver Letwin turut dilaporkan memberi kenyataan bahawa Parlimen tidak berupaya untuk menghalang situasi no-deal Brexit. Beliau memberitahu, Britain harus bersedia menerima situasi tersebut.

Dagangan GBP akan terus kekal berisiko walaupun pasaran telah menyerap jangkaan ke arah situasi pengunduran Brexit tanpa perjanjian. Namun persoalan adalah sejauh manakah penurunan yang akan berlaku terhadap matawang Britain tersebut dalam masa yang terdekat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat