UK Teruskan Rancangan, RUU Protokol Ireland Utara Dibahaskan Di Parlimen

166

Britain meneruskan rancangan untuk mengubah sebahagian daripada perjanjian perdagangan pasca Brexit walaupun mendapat tentangan daripada Kesatuan Eropah (EU).

Rang undang-undang (RUU) yang telah diubah dalam Protokol Ireland Utara akan melalui perbahasan pertama di Dewan Rakyat yang dijadualkan pada hari ini.

Sekiranya undang-undang tersebut diluluskan oleh ahli Parlimen, ia akan menghapuskan peraturan untuk pemeriksaan ke atas barangan yang memasuki Ireland Utara dari seluruh negara UK.

Ini sekali gus akan membatalkan sebahagian daripada perjanjian perdagangan yang ditandatangani Perdana Menteri Boris Johnson sebelum Britain meninggalkan EU pada 2020.

Kerajaan UK berkata peraturan itu membebankan perniagaan dan menjejaskan keamanan di Ireland Utara.

Sementara itu, Setiausaha Ireland Utara Brandon Lewis memberitahu pada Ahad bahawa matlamatnya adalah untuk membetulkan, dan bukannya terus membuat perjanjian perdagangan itu.

Bagaimanapun, EU sebaliknya melihat ia sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa dan boleh merosakkan reputasi Britain di mata dunia.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat