UK Ugut Amerika Syarikat! Apa Kes?

408

Britain telah mengancam untuk mengenakan tarif balas terhadap barangan Amerika Syarikat sekiranya pentadbiran Biden tidak menghapuskan tarif yang dikenakan ketika era Trump ke atas keluli dan aluminium dari UK.

Setiausaha Perdagangan UK, Anne-Marie Trevelyan telah memberitahu wakil perdagangan, Katherine Tai dan Setiausaha Perdagangan AS, Gina Raimondo bahawa pihaknya bersedia untuk meningkatkan tarif balas sedia ada ke atas barangan AS seperti wiski, kosmetik dan pakaian.

Menurut laporan yang dikeluarkan Financial Times, UK pada awalnya tidak mahu melaksanakan langkah ini. Namun, mereka mendapat banyak tekanan dari dalam negara yang mengatakan bahawa tarif dikenakan Trump tidak adil.

Dalam lawatannya ke Washington, Trevelyan memberitahu pegawai AS bahawa beliau sedang mempertimbangkan untuk meluaskan rangkaian produk yang akan dikenakan tarif.

Pada bulan Oktober, AS dan Kesatuan Eropah (EU) telah bersetuju untuk mematalkan tarif ke atas keluli dan aluminium. Perjanjian tersebut telah memberikan kelebihan buat blook itu untuk keluar dari beban tarif Trump sebelum ini.

Namun, UK pula masih terpaksa menanggung beban tarif, menyebabkan pembuat keluli Britain mengalami kerugian kerana masih berdepan dengan cukai yang tinggi ke atas eksport ke AS.

Minggu lalu, seorang pegawai Jabatan Perdagangan AS memberitahu bahawa Washington sedang mempertimbangkan sama ada akan meneruskan rundingan tarif dengan UK.

Hal ini kerana, mereka bimbang bahawa pentabiran Boris Johnson mungkin mencetuskan Artikel 16 Protokol Ireland Utara, sekali gus membahayakan keamanan di Ireland Utara dan menggugat hubungan dengan EU yang baik dengan Presiden Joe Biden.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat