UK Undi Keluar, PM Ambil Keputusan Letak Jawatan

50

Perdana Menteri Britain David Cameron mengumumkan perletakkan jawatannya selepas rakyat Britain memilih untuk meninggalkan Kesatuan Eropah dalam Referendum EU.

“Brexit” yang selama ini dirisaukan terjadi akhirnya terjadi juga dan David Cameron telah memberi amaran yang United Kingdom bakal mengalami kemelesetan ekonomi yang teruk selepas ini.

“Saya tidak rasa ia langkah yang tepat untuk saya terus menjadi kapten yang mengemudi negara ini ke destinasi seterusnya,” katanya dalam ucapan di kediamannya di Downing Street, London pada Jumaat.

Walau bagaimanapun perletakkan jawatan tersebut berkuatkuasa Oktober ini.

Beliau berjanji akan membantu Britain menstabilkan keadaan.

Sementara itu ketua UK Indipendence Party (UKIP), Nigel Farage menganggap ia adalah hari “kemerdekaan Britain”.

Sementara itu ramai pengundi muda yang beranggapan ramai golongan berusia yang mengundi “Brexit”. Mereka menganggap golongan muda terpaksa tanggung padah kesan daripada tindakan golongan berusia. Mereka bimbang atas masa depan mereka.

Kelihatan sekitar jam 2.00 pagi Sabtu, waktu Malaysia, Pound berbanding US Dollar membuat “short covering” dengan menaik 700 pips sebelum kembali turun 200 pips ke harga sekitar 1.3750.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat