UK Wujudkan ‘Brexit Freedoms’ Untuk Hapuskan Undang-undang EU!

304

Perdana Menteri UK, Boris Johnson dijangka bakal mengumumkan rang undang-undang baharu yang akan menghapuskan peraturan oleh Kesatuan Eropah (EU) pada awal minggu ini.

Menurut Downing Street, rang undang-undang ‘Brexit Freedoms’ atau Kebebasan Brexit akan membolehkan Parlimen untuk meminda atau menghapuskan beribu-ribu peraturan EU yang masih berkuat kuasa.

Pembaharuan ini akan mengurangkan birokrasi sebanyak £1 bilion untuk perniagaan UK, meringankan beban kawal selia dan menyumbang kepada misi kerajaan bagi menyatukan dan menaikkan taraf negara.

Walaupun begitu, Menteri Scotland, Wales dan Ireland Utara tidak bersetuju dengan pindaan tersebut dan percaya rancangan itu akan menjejaskan perjanjian perlembagaan negara.

Setiausaha Kabinet Kerajaan Scotland untuk Perlembagaan, Angus Robertson menyifatkan tindakan ini sebagai satu penghinaan terhadap komitmen kerajaan UK baru-baru ini untuk menetapkan semula hubungan dengan EU.

Selepas Brexit, banyak undang-undang EU diteruskan sebagai syarat untuk UK keluar daripada pasaran tunggal itu. Bagaimanapun sejak September, kerajaan telah menyemak semula peraturan yang mana boleh disimpan, dihapuskan atau dipinda.

Di bawah perundangan pengeluaran Brexit yang diluluskan pada 2018, undang-undang EU yang dikekalkan mempunyai status undang-undang tersendiri dan memerlukan proses khas untuk mengubahnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat