Ukraine Sekat Wallet Kripto ‘Sukarelawan’ Bantu Tentera Rusia

168

Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SSU) berjaya menyekat wallet kripto digital yang terlibat dalam pembiayaan pasukan tentera Rusia buat pertama kalinya.

Dalam hal ini, pemilik wallet kripto tersebut ialah seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sukarelawan.

Hal ini kerana, sejak bermulanya peperangan antara Rusia dan Ukraine, sukarelawan itu telah mengumpul wang untuk tentera penceroboh. Malah, wallet yang dirampas didapati mempunyai $19,500 dalam mata wang kripto.

Bukan itu sahaja, sukarelawan turut membeli peralatan ketenteraan untuk militan organisasi pengganas L/DNR, menggunakan platform media sosial bagi memberi insentif kandungan visual atau video kepada pembiayaan kumpulan bersenjata haram termasuklah memastikan pengikutnya dimaklumkan tentang bagaimana wang itu dibelanjakan.

Selain itu, perkhidmatan keselamatan berkongsi bahawa syarikat kripto asing membantunya dalam pengesanan dan menangkap pemilik wallet tersebut.

Kini, mata wang kripto bernilai $19,500 hanya perlu menanti keputusan tentang penjejakan dan pemindahannya ke bidang kuasa Ukraine.

Jelaslah, sejak berlakunya pencerobohan Putin ke atas Ukraine, mata wang kripto memainkan peranan penting dalam peperangan di kedua-dua belah konflik.

Buktinya, kerajaan Ukraine mendapat manfaat daripada inisiatif kripto yang berusaha menyokong daya upaya ketenteraan negara, manakala kerajaan Rusia mempercepatkan pelancaran ruble digitalnya mengelak daripada kemelesetan ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat