Ulasan Berita Saham Lokal Untuk Trader Pada Hari Ini (Sesi Penutupan) – 28/5/2019

446

Bursa Malaysia hari ini ditutup pada paras tertinggi antara hari, meningkat 0.82 peratus daripada kedudukan terlebih jual sebelumnya. Indeks KLCI melonjak 13.22 mata kepada 1,614.57.

Menurut ketua ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pasaran tempatan memberangsangkan hari ini berikutan kebimbangan terhadap saham teknologi global serta ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Beberapa rumusan tentang berita korporat pada hari ini, MMC Corporation Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM53.51 juta pada sukuan pertama berakhir 31 Mac 2019 berbanding RM41.35 juta dicatatkan pada suku sama tahun lalu. Hal ini susulan daripada sumbangan entiti pelabuhan.

Selain itu, Petronas Dagangan Bhd (PetDag) mencatat peningkatan dalam keuntungan bersih iaitu naik satu pertiga pada suku pertama 31 Mac 2019 dengan jumlah angka RM291.20 juta. PetDag mengumumkan dividen interim 15 sen sesaham bagi suku pertama 2019 (suku pertama 2018: 13 sen).

Axiata Group Bhd turut mencatat prestasi yang baik selepas meraih keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) RM709 juta bagi suku pertama 2019, berbanding kerugian RM147 juta pada suku pertama tahun lalu. Hal ini berikutan pemindahan aset bukan teras Digital Ventures kepada sebuah pengurus dana. Setakat ini pendapatan Axiata telah meningkat 4.3 peratus.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengesahkan pembelian hartanah logistik di Shirebrook, United Kingdom, berjumlah GBP120 juta (RM640 juta). Pada ketika ini, aset berkenaan diduki oleh Sports Direct International Plc dan akan terus disewakan.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) mencatatkan pendapatan yang lebih tinggi pada sukuan pertama tahun ini dengan jumlah angka RM13.24 bilion berbanding tahun 2018 yang mencatat jumlah angka RM12.27 bilion . Dalam masa yang sama, syarikat pesaing TNB turut mencatat prestasi yang cemerlang apabila Malakoff Corporation Bhd mencatat keuntungan bersih kepada RM67.0 juta bagi sukuan pertama berbanding RM52.91 juta pada tahun lepas. Hal ini berikutan, sumbangan yang lebih baik dari loji arang batu TBE, tiada kerosakan tidak diingini dan kos pembiayaan bersih yang rendah.

Disisi lain, Prasarana Malaysia Bhd kini telah bersedia untuk berkerjasama dengan syarikat korporat dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi meningkatkan kemudahan dan keselesaan pengguna perkhidmatan pengangkutan awam. Prasarana kini mempunyai 115 setesen LRT, MRT dan Monorail yang menjadi kemudahan untuk para pengguna.

Akhir sekali, Lembaga Tabung Haji (TH) mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mampu memberi pulangan hibah yang lebih baik untuk tahun ini berbanding dengan kadar 1.25 peratus yang diberikan sebelum ini. TH setakat ini telah merekodkan keuntungan bersih berjumlah RM440 juta bagi sukuan pertama 2019.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat