Ulasan Gabenor Bank Pusat China Terhadap Imbangan Perdagangan US-China

473

Jurang besar imbangan perdagangan yang tidak seimbang dengan US merupakan masalah jangka masa panjang dan berstruktur dan harus ditanggapi dengan rasional, kata gabenor bank pusat China.

Yi Gang, yang merupakan gabenor PBOC iaitu bank pusat China mengatakan kedua-dua negara itu memerlukan usaha yang berstruktur untuk menyelesaikan masalah perdagangan yang sedang dihadapi.

Komentar ini dikeluarkan selepas 2 hari mesyuarat antara China dan US yang bertempat di Beijing berikutan ancaman tarif antara 2 negara besar ini. Washington meminta China untuk mengurangkan lebihan perdagangan dengan US sekurang-kurangnya sebanyak $200 billion sebelum 2020.

China telah mencatat lebihan perdagangan dengan US sebanyak  $375 billion pada tahun 2017.

Kata Yi, polisi dasar terbuka China ini tidak akan dipengaruhi oleh situasi perdagangan yang berlaku antara kedua buah negara tersebut.

China kini sedang menumpukan untuk menstabil ratio leverage makronya dan mengurangkan risiko kewangan. Dalam pasaran matawang, PBOC sudah 1 tahun tidak campur tangan dalam urusan pertukaran matawang asing dan pihak autoriti berkomited dengan reformasi pertukaran asing.

Beijing pula akan meneruskan skim pelaburan luar negara mereka iaitu dengan membolehkan institusi kewangan domestik untuk melabur dalam pasaran sekuriti luar negara.

Yi menambah, China juga akan menumpukan untuk mengatasi masalah hutang kerajaan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat