Ulasan Kalendar Ekonomi Minggu Ke-Sembilan 2017 (27 Feb-03 Mac)

70

Selepas didagang agak hambar pada minggu (20-24 Februari), US dolar akhirnya menguat secara keseluruhan berbanding enam matawang utama yang lain kecuali matawang Euro. Pada minggu sebelum ini US dolar didagang hambar berikutan kegagalan matawang ini menguat dalam pasaran disebabkan minit mesyuarat The Fed dan ketiadaan isyarat jelas tentang polisi fiskal dari pentadbiran baru US

Penguatan US dolar minggu ini banyak dipengaruhi oleh jangkaan kenaikan kadar The Fed pada mesyuarat Mac selepas komen ‘hawkish’ dari beberapa ahli The Fed seperti Kaplan, dan Brainard sepanjang minggu ini. Yang terbaru Pengerusi Janet Yellen dalam ucapannya semalam mengatakan ‘The Fed di trek yang betul untuk menaikkan kadar pada Mac’.

Matawang Euro pula banyak dipengaruhi oleh faktor geopolitik sepanjang minggu ini dengan penguatan matawang ini berbanding matawang-matawang lain sepertu US dolar, Yen, Gbp, Kiwi, Loonie dan Aussie. Secara spesifiknya, hal ini disebabkan calon Presdien Perancis Macron yang kini mendahului tinjauan pendapat dan mengatasi Marine Le Pen.

Sebelum kita meneruskan kepada ulasan kalendar ekonomi sepanjang minggu ini kita lihat dahulu julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu ini dan minggu lepas untuk melihat perbezaan antara kedua-dua tempoh ini.

20 – 24 Februari 2017 27 Feb-03 Mac 2017
Eur/Usd– 139 pip (volatile) Eur/Usd– Naik 136 pip
Usd/Jpy– Jatuh185 pip Usd/Jpy–  Naik 305 pip
Gbp/Usd– 168 pip (volatile) Gbp/Usd– Jatuh 265 pip
Usd/Chf– 129 pip (volatile) Usd/Chf- 137 pip (volatile)
Usd/Cad– 158 pip (volatile) Usd/Cad– Naik 353 pip
Aud/Usd– 92 pip (volatile) Aud/Usd– Jatuh 165 pip
Nzd/Usd– 117 pip (volatile) Nzd/Usd–  Jatuh 236 pip

 

Tanpa membuang masa lagi mari kita lihat ulasan kalendar ekonomi utama sepanjang minggu ini.

  • Data US core-durable goods, Isnin

Data tempahan ‘US durable goods‘ naik 1.8% pada Januari yang merupakan catatan di atas jangkaan pasaran di sekitar 1.6%, tetapi data pada Dismeber telah dikaji semula dari penyusutan 0.5% kepada 0.8%. Manakala data yang lebih penting iaitu tempahan ‘core durable goods‘ jatuh 0.2% pada Januari yang mana data sebelum ini telah dikaji semula kepada kenaikan 0.9% pada Disember. Manakala data ini pula di bawah jangkaan di mana pasaran meramalkan kenaikan 0.5%.

  • Komen Kaplan ahli The Fed, Isnin

Kaplan memberi sedikit sokongan kepada penguatan US dolar pada Isnin. Presiden The Fed cawangan Dallas, Robert .S Kaplan dalam ucapannya  mengatakan kenaikan kadar secepat mungkin adalah perlu. Apabila ditanya apakah yang dimaksudkan dengan ‘secepat mungkin’ dalam konteks komen beliau, Kaplan menyatakan The Fed perlu menaikkan kadar dalam masa terdekat. Ini sememangnya menunjukkan Kaplan menyokong kepada kenaikan kadar pada Mac ini.

  • Data pengeluaran industri Jepun, Isnin

Bacaan awal data pengeluaran industri di Jepun jatuh pada Januari yang juga kali pertama dalam masa empat bulan. Ini menunjukkan keadaan sektor pembuatan Jepun yang bercampur-campur jika dilihat dari beberapa data berbeza sebelum ini. Pengeluaran perindustrian jatuh sebanyak 0.8% jika dibandingkan dengan  Disember.

  • Data awal US GDP, Selasa

Ekonomi US berkembang dalam kadar sederhana pada tempoh kewangan suku keempat, dengan kadar pertumbuhan secara keseluruhan merosot dari tempoh yang pernah dicatatkan pada Julai-September. Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK (Gross Domestic Product, GDP) hanya meningkat 1.9% pada suku keempat 2016 seperti  yang dikeluarkan pada Selasa. Bacaan kali ini sedikit rendah dari yang dilaporkan bulan lalu dan di bawah jangkaan 2.1%.

  • Data keyakinan pengguna bank pusat US, Selasa

Indeks keyakinan pengguna yang merosot pada Januari merekodkan kenaikan ke paras tertinggi sejak 15 Tahun lepas pada Februari. Bacaan mencatatkan 114.8 naik dari 111.6 pada Januari. Jika dilihat dengan laporan ini, keyakinan pengguna dalam ekonomi, khususnya sektor pekerjaan akan membantu meningkatkan perbelanjaan pengguna beberapa bulan akan datang. Bacaan pada beberapa bulan lepas juga menunjukkan keyakinan pengguna walaupun ada sedikit kemerosotan pada Januari.

Ekonomi Australia melonjak dengan kukuh pada tempoh kewangan suku keempat dan berjaya menghindari kemelesetan dalam tempoh dua dekad. Pertumbuhan ekonomi (GDP) berkembang pada kadar 1.1% pada tempoh tersebut, selepas merekodkan kejatuhan pada 0.5% pada suku ketiga sebelum itu. Bank Pusat Australia (Reserve Bank of Australia, RBA) mengatakan penguncupan atau kejatuhan pertumbuhan tersebut adalah disebabkan faktor sementara yang disebabkan pengurangan bekalan arang dan cuaca yang tidak menentu. Penganalisis juga yakin, Australia di landasan yang betul untuk terus memulih pada tahun ini.

  • Data sektor pembuatan Caixin China, Rabu

Indeks Caixin yang mengira tahap aktiviti sektor pembuatan berkembang dalam kadar lebih pantas pada Februari berikutan tempahan eksport yang meningkat pada kadar tertinggi sejak dua tahun lepas. Indeks ini adalah hasil tinjauan terhadap 400 pengurus ‘purchasing’ syarikat kecil dan sederhana di China yang mencatatkan bacaan 51.7 pada bulan Februari jika dibandingkan dengan 51.0 pada bulan sebelum. Bacaan ini juga lebih tinggi dari jangkaan pasaran iaitu 50.9.

  • Ucapan Trump di Kongress, Rabu

Beliau berikrar akan berusaha memberi faedah kepada rakyat dari golongan pertengahan (middle class) dengan pemansuhan ‘Obamacare‘ dan juga pemotongan cukai. Katanya lagi, “Dengan memperbaharui undang-undang imigrasi, kita akan menaikkan gaji, mengurangkan pengangguran, menjimatkan berbillion dolar, dan menjadikan komuniti kita lebih selamat untuk semua orang”. Secara keseluruhan, pasaran masih lagi belum mendapat penjelasan yang lebih jelas tentang perubahan cukai dan rangsangan fiskal beliau.

  • Penetapan kadar Bank of Canada, Rabu

Bank Pusat Kanada (Bank of Canada, BoC) dalam penetapan kadarnya semalam mengekalkan kadar di paras 0.50% yang sejajar dengan jangkaan pasaran. Menurut bank pusat, inflasi (CPI) naik kepada 2.1% pada Januari yang disokong oleh harga minyak mentah yang semakin meningkat. Bank pusat menyatakan akan terus menilai kesan ini yang mana dianggap sebagai sementara. Tidak lupa juga bacaan inflasi teras.

Kenyataan Bank Pusat secara keseluruhannya adalah lebih ‘dovish‘ dari jangkaan, khususnya apabila BoC menyatakan akan meneliti kenaikan inflasi yang sementara dan juga sedikit masalah dalam ekonomi. Dalam konteks ini, polisi monetari dilihat boleh dilonggarkan lagi dengan jangkaan The Fed yang akan menaikkan kadarnya pada Mac ini.

  • Ucapan Gabenor RBNZ, Khamis

Tidak banyak perbezaan ucapan terbaru ini dengan kenyataan polisi pada Februari lepas, tetapi kenyataan tentang risiko yang semakin seimbang kali ini agak berbeza dengan kenyataan sebelum ini di mana RBNZ mahu memberi perhatian kepada pengekalan polisi akomodatif.

  • Harga pengguna Zon Eropah, Khamis

Inflasi CPI (Indeks harga pengguna) Zon Eropah yang dikeluarkan pada Khamis meningkat ke paras 2.0% pada Februari dari 1.8% yang dicatatkan pada Januari. Kadar tersebut juga sejajar dengan jangkaan pasaran. Kadar asas inflasi yang tidak mengambilkira harga makanan,minyak/gas dan rokok kekal do sekitar 0.9% pada tempoh sama yang juga menepati jangkaan pasaran. Kadar asas ini kekal di paras 0.9% sejak tiga bulan lalu.

Tekanan kepada ECB akan semakin meningkat untuk tidak terlalu agresif dalam menentukan polisi monetari, jika terdapat isyarat kesan pusingan kali kedua kenaikan harga dan juga kenaikan kadar gaji dalam pasaran buruh mereka. Jika tiada kesan kali kedua ini, ECB dijangka akan menunggu lebih bukti peningkatan harga terutamanya ‘kadar asas inflasi’ (core-inflation).

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat