Ulasan Kalendar Ekonomi Sepanjang Minggu Ini (19-23 Disember)

53

Minggu ini boleh dikatakan tempoh yang agak suram dalam pasaran matawang dunia dengan julat pergerakan yang begitu kecil dalam nilai tukaran matawang dunia. Pasaran bergerak perlahan berikutan cuti perayaan Krismas yang mana pemain-pemain pasaran melupakan sebentar aktiviti-aktiviti pelaburan untuk fokus kepada persiapan perayaan. Beginilah pergerakan pasaran di penghujung tahun setiap kali menjelang perayaan Krismas.

Walaupun begitu, minggu ini pasaran tetap disajikan dengan berita impak tinggi iaitu penetapan kadar Jepun dimana bank pusat telah mengekalkan polisi monetari semasa  dengan prospek yang lebih baik dalam ekonomi Jepun.

Data dari US minggu ini terus menunjukkan sentimen positif dalam ekonomi terbesar dunia ini dengan pertumbuhan ekonomi (KDNK) lebih baik dari jangkaan yang menguatkan lagi potensi kenaikan kadar tahun hadapan. Walaubagaimanapun, fokus lebih terarah kepada pertumbuhan pada suku keempat kerana tempoh ini adalah paling kritikal dalam situasi politik US dengan kemenangan Trump pada awal November yang lalu.

Situasi ekonomi UK pula terus berada dalam ketidaktentuan Brexit yang masih belum menunjukkan tanda-tanda lebih jelas untuk meninggalkan Kesatuan Eropah. Keadaan diburukkan lagi dengan potensi keluarnya Scotland dari pentadbiran UK. Dari segi data ekonomi, UK merekodkan pertumbuhan positif pada suku ketiga dengan peningkatan 0.6% dan akaun semasa (current account) yang lebih baik.

Minggu ini, hanya satu berita impak tinggi dari Kesatuan Eropah iaitu German Ifo Business Climate yang merekodkan pencapaian yang baik.

Dolar Kanada adalah antara matawang utama yang merekodkan kejatuhan tertinggi berbanding US dolar selain Pound. Loonie jatuh sebanyak 239 pip berbanding dolar berikutan penguatan US dolar dan data-data negatif dari Kanada. Kanada merekodkan penguncupan ekonomi sebanyak 0.3% berbanding bulan sebelum yang berkembang 0.4%. Harga pengguna juga dilihat lemah yang akan memberi kebimbangan kepada bank pusat Kanada tentang keberkesanan polisi monetari semasa. Tidak lupa juga faktor harga minyak dunia yang kehilangan momentum kenaikan sejak mesyuarat Opec bulan lalu. Untuk rekod, kadar faedah bank pusat ialah 0.5% sejak Julai 2015.

Sebelum kita meneruskan kepada ulasan kalendar ekonomi sepanjang minggu ini kita lihat dahulu julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu ini dan minggu lepas untuk melihat perbezaan antara kedua-dua tempoh ini.

12 Dis – 16 Dis 19 Dis – 23 Dis
Eur/Usd-Jatuh 304 pip Eur/Usd-Ranging 147 pip
Usd/Jpy-Naik 393 pip Usd/Jpy-Ranging 170 pip
Gbp/Usd-Jatuh 352 pip Gbp/Usd-Jatuh 274 pip
Usd/Chf-Naik 260 pip Usd/Chf-Ranging 102 pip
Usd/Cad-Naik 337 pip Usd/Cad-Naik 239 pip
Aud/Usd-Jatuh 259 pip Aud/Usd-Jatuh 153 pip
Nzd/Usd-Jatuh 307 pip Nzd/Usd-Jatuh 127 pip

 

Tanpa membuang masa lagi mari kita lihat ulasan kalendar ekonomi utama sepanjang minggu ini.

  • Indeks komposit (German Ifo Business Climate): Isnin 5 petang

Indeks komposit yang menunjukkan keadaan perniagaan dan ekonomi di German (German IFO index) menguat ke paras 111.0 pada Disember dari 110.4 bulan lalu. Bacaan hari ini lebih tinggi dari jangkaan pasaran dan merupakan yang tertinggi sejak Februari 2014.

German dilihat akan terus kukuh dari segi ekonomi dalam jangka masa terdekat ini dengan fundamental ekonomi yang kuat. Penyusutan nilai Euro telah merancakkan lagi aktiviti ekonomi di German dan aspek kompetitif ekonomi mereka khususnya di US yang meningkatkan lagi eksport ke sana.

  • Penetapan kadar Jepun: Selasa

Bank Pusat Jepun (Bank of Japan, BoJ) seperti kita tahu telah mengekalkan kadarnya dan program pembelian bon di paras yang sama. BoJ sebentar tadi menutup tahun ini dengan jangkaan ekonomi yang lebih baik berbanding sebelum ini.

BoJ meramalkan pemulihan yang sederhana berikutan peningkatan eksport, keyakinan perniagaan yang lebih baik, dan pengukuhan dalam perbelanjaan swasta. Walaubagaimanapun, jangkaan kepada Inflasi masih lemah berikutan risiko pembangunan di China, ekonomi US, Brexit dan situasi politik di Eropah.

Sejak bank pusat ini menggunapakai polisi kadar faedah negatif, majoriti penganalisis masih belum melihat tambahan kepada pelonggaran polisi sehingga 2018.

Pasaran ketika ini memberi tumpuan bagaimana BoJ berusaha untuk mengekalkan kadar faedah jangka panjang berikutan peningkatan hasil-bon dalam pasaran bon global.

Kuroda hari ini menyatakan adalah terlalu awal untuk membincangkan tentang meningkatkan sasaran hasil-bon jangka panjang atau lebih spesifik lagi meningkat kadar faedah. Beliau juga mengatakan keluk hasil-bon yang lebih baik sudah dicapai dan polisi ini akan diteruskan.

  • Inventori minyak EIA: Rabu 11.30 malam

EIA atau Pengurusan Informasi Tenaga melaporkan inventori minyak mentah yang meninkat sebanyak 2.3 juta tong pada minggu berakhir 16 Disember berbanding 2.6 juta penyusutan pada minggu lepas. Jumlah inventori setakat ini ialah 485.5 juta tong.

  • KDNK (GDP) New Zealand: Khamis, 5.45 pagi

Pertumbuhan ekonomi New Zealand meningkat dengan lebih pantas pada suku ketiga yang dipacu oleh perbelanjaan isirumah (household consumption).

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) berkembang sebanyak 1.1% pada suku ini berbanding kajian semula pertumbuhan suku kedua 0.7%. Penganalisis dengan kiraan median (median estimate) menjangkakan peningkatan 0.8% pada suku ketiga.

Dengan peningkatan pada suku ketiga ini, ekonomi New Zealand telah berkembang selama 24 suku-tahun berturut-turut.

13 dari 16 industri merekodkan pertumbuhan pada suku ketiga. Perbelanjaan isirumah terus menjadi penyumbang utama dengan peningkatan 1.6%. Untuk rekod, perbelanjaan pengguna terdiri daripada 60% daripada ekonomi New Zealand.

  • Data tempahan US Durable goods (barangan seperti mesin):  Khamis 9.30 malam

Data durable goods mencatatkan data yang negatif bulan ini. Durables goods ialah barang-barang yang bukan digunakan secara terus dan boleh disimpan dalam jangka masa panjang contohnya mesin.

Bacaan tempahan Durable good pada bulan November merosot 4.60% berbanding bacaan pada Oktober yang mencatatkan peningkatan 4.60%. Penganalisis menjangkakan data ini merosot lebih banyak iaitu 4.9%.

Jika tidak mengambilkira pengangkutan, tempahan baru boleh meningkat sebanyak 0.5%. Data inilah yang dipanggil sebagai core durable goods.

  • Data KDNK (GDP) US: Khamis 9.30 malam

US mencatatakan peningkatan pertumbuhan ekonomi sebanyak 3.5% pada suku ketiga berbanding catatan sebelum ini iaitu peningkatan 3.2%. Bacaan ini lebih tinggi daripada jangkaan penganalisis 3.3%.

Ini merupakan bacaan pertumbuhan ekonomi tertinggi sejak suku ketiga 2014 yang meningkat dari 1.4% pada suku kedua yang akan meningkatkan lagi keyakinan dalam ekonomi US.

Data ini secara keseluruhan akan mengekalkan jangkaan positif ekonomi US dan akan membantu mengekalkan sentimen positif dalam jangka masa pendek.

  • Data pengangguran Jobless claims US: Khamis 9.30 malam

Jabatan Buruh US melaporkan peningkatan jumlah tuntutan faedah pengagguran (Jobless claims) sebanyak 21,000 kepada 275,000 bagi minggu berakhir pada 17 Disember berbanding minggu sebelum itu yang mencatatkan jumlah 257,000. Data yang dikeluarkan ini lebih tinggi dari jangkaan penganalisis sebanyak 255,000.

  • Data KDNK (GDP) Kanada: Jumaat 9.30 malam

Pertumbuhan ekonomi Kanada meningkat selama empat bulan berturut-turut sebelum ini. Dalam data yang dikeluarkan, menunjukkan penguncupan ekonomi Kanada baut pertama kali sejak empat bulan sebelum Oktober. Penguncupan ini disebabkan oleh penyusutan dalam pengeluaran sektor pembuatan, hasil minyak dan gas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat