Ulasan Kenyataan Penetapan Kadar Bank of Canada

47

Bank of Canada atau bank pusat Kanada mengekalkan kadar polisi bank mereka semalam di paras 0.5% dalam mesyuarat yang terakhir diadakan pada Rabu.

Keputusan BoC adalah sejajar dengan jangkaan ramai penganalisis yang melihat kadar ini akan dikekalkan pada mesyuarat kali ini.

Di Kanada, pertumbuhan yang dinamik yang diramalkan oleh bank pusat pada suku ketiga berlaku sebaliknya berikutan pertumbuhan yang suram pada dua suku pertama tahun ini. Pihak bank juga menjangkakan pertumbuhan yang lebih sederhana pada suku keempat nanti.

Menurut BoC keadaan ekonomi global semakin baik tetapi ketidaktentuan semakin meningkat dan kadar hasil bon (bond-yields) yang melonjak.

Perbelanjaan domestik di Kanada semakin kukuh yang disokong oleh pembayaran Child Benefit, tetapi tren dalam pelaburan dan eksport barangan bukan-tenaga terus mengecewakan.

Walaupun berlaku peningkatan dalam pasaran buruh, masih ada kelemahan dalam ekonomi Kanada yang mungkin disebabkan pendirian US selepas Trump mengambilalih pentadbiran.

Menurut bank pusat, peningkatan dalam ketidakseimbangan isirumah akan diatasi dari masa ke semasa dengan mengubah peraturan pinjaman perumahan.

Jumlah inflasi CPI semakin meningkat sejak beberapa bulan lepas, tetapi masih di bawah jangkaan disebabkan harga makanan. Inflasi teras (Core inflation) menghampiri angka 2% disebabkan kelemahan ekonomi yang berterusan masih di seimbangkan oleh kejatuhan nilai Dollar Kanada.

Kenyataan yang dibuat semalam, secara keseluruhannya adalah neutral dan tiada isyarat kepada potensi pelonggaran polisi pada 2017. Keseluruhan tona komen dari BoC adalah dovish dengan tiada peningkatan dalam sektor eksport dan risiko inflasi yang akan menjadi lemah berikutan impak kejatuhan nilai Loonie.

Pertumbuhan yang lebih kukuh adalah perlu pada2017 untuk mengurangkan kebimbangan bank pusat Kanada ini.

Dollar Kanada menguat selepas keputusan pengekalan kadar yang menunjukkan Usd/Cad jatuh dari 1.3285 ke paras 1.3265

Bank of Canada Dijangka Mengekalkan Kadar Malam Ini

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat