Ulasan Minit Mesyuarat RBA: Pendapatan Isi Rumah Dan Perbelanjaan Dijangka Meningkat

98

Bank pusat Australia (RBA) bertambah yakin dengan keadaan ekonomi negara mereka, disokong oleh perkembangan yang baik pada pasaran buruh walaupun masih bimbang dengan kenaikan hutang isi rumah serta nilai aussie dolar yang mengukuh.

Dalam minit mesyuarat RBA bulan September hari ini, penggubal polisi turut meragui adakah pekerjaan yang kukuh akan membawa kepada kenaikan pendapatan tidak lama lagi.

Bagi menstabilkan risiko ketinggian hutang swasta dan inflasi yang bergerak perlahan, RBA telah mengekalkan kadar faedah di paras 1.50%, paras yang sama sejak Ogos 2016 yang lalu. Ramai dikalangan ahli ekonomi menjangkakan kadar ini akan kekal sehingga tahun depan.

Walau bagaimanapun, data terkini daripada pasaran buruh telah meningkatkan keyakinan bank pusat terhadap kondisi ekonomi Australia.

Laporan menunjukkan, “Perkembangan yang kukuh dijangka akan berterusan, di mana akan meningkatkan pendapatan isi rumah serta perbelanjaan di masa hadapan”.

Bank pusat masih melihat peningkatan pendapatan akan kekal perlahan untuk satu tempoh masa, namun akan mula naik secara beransur-ansur.

Pada minggu lepas, data pekerjaan Australia melonjak kepada 54,200 bagi bulan Ogos, peningkatan paling tinggi sejak Oktober 2015. Pekerjaan tetap turut menunjukkan kenaikan yang positif tahun ini selepas susut di tahun 2016.

Keuntungan korporat juga menyokong keyakinan perniagaan dan berada di paras paling kukuh sejak 2008.

Dengan data-data yang positif, RBA menjangkakan ekonomi yang bernilai A$1.7 trillion ini berpotensi untuk berkembang melebihi 3 peratus beberapa tahun lagi.

Namun kebimbangan terhadap kadar pengangguran yang berada pada paras setinggi 5.6 peratus, menunjukkan masih ramai penduduk sedang mencari pekerjaan. Hal ini menjadi menghalang kepada kadar kenaikkan pendapatan yang meningkat dengan perlahan di paras 1.9%

Hutang isi rumah yang meningkat melebihi pendapatan juga boleh memberi tekanan kepada perbelanjaan. Antara faktor yang mendorong peningkatan hutang adalah spekulasi dalam sektor hartanah terutamanya di Sydney dan Melbourne dimana harga rumah meningkat dua kali ganda sejak 2008.

Pegawai bank pusat juga menjelaskan bahawa peningkatan dolar Australia yang mencapai $0.8125 berbanding dolar pada bulan ini, didorong oleh penurunan berterusan US dolar

Mereka turut memberi amaran jika nilai Aussie naik lebih tinggi akan memberi tekanan kepada harga pengguna serta perkembangan ekonomi dan pekerjaan di masa hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat