Ulasan News Besar Bank of England – Whipsaw 100 Pip di Pair GBP/USD

1,184

Pair GBP/USD pada mulanya membuat kenaikan 70 pip sebelum membuat penurunan sehingga 100 pip. Ini lah yang kita panggil sebagai Whipsaw yang terjadi pada pair GBP pada Khamis.

Matawang GBP membuat pergerakan yang tidak menentu pukul 8 malam pada Khamis selepas polisi monetari Bank of England (BoE) diumumkan. BoE mengekalkan kadar faedahnya di paras 0.50% dengan mengatakan kenaikan kadar faedah adalah diperlukan sekaligus mengesahkan kenaikan kadar faedah pada Mei nanti.

Pada mulanya matawang GBP menguat dengan GBP/USD naik sehingga 70 pip dengan dua daripada sembilan ahli MPC (Majlis Monetari) mengundi untuk menaikkan kadar faedah. Apa yang menambah kenaikan GBP pada mulanya juga adalah komen bahawa perlunya untuk terus menaikkan kadar faedah.

Dua daripada pembuat polisi yang mengundi untuk menaikkan kadar faedah adalah McCafferty dan Michael Saunders yang mengatakan keadaan ekonomi sekarang adalah masa yang tepat untuk menaikkan kadar faedah.

Tetapi Gabenor Carney dan enam enam orang lagi ahli yang lain mahu menunggu ramalan lengkap ekonomi pada Mei sebelum membuat keputusan untuk menaikkan kadar.

Selain itu, ahli-ahli bank pusat juga bersetuju bahawa sebarang kenaikan kadar faedah adalah secara beransur-ansur dan pada kadar yang terhad.

Disebabkan komen inilah matawang GBP melemah semula dengan pair GBP/USD jatuh sebanyak 100 pip setakat pada pukul 9.20 malam. Pair GBP yang lain juga menjunam selepas membuat kenaikan dengan GBP/JPY jatuh hampir 150 pip setakat ini.

>>>PELAJARI ANALISIS FUNDAMENTAL KLIK SINI.<<<

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat