Ulasan News Besar BOJ: Sebab Kejatuhan & Lonjakan Matawang JPY Tengah Hari Tadi

637

Satu pergerakan yang begitu volatile (turun-naik) oleh matawang Yen (JPY) sekitar pukul 11 pagi ke pukul 1 tengah hari pada Selasa dengan pengumuman polisi monetari dibuat pada sekitar pukul 12 tengah hari tadi.

Matawang JPY pada mulanya membuat kenaikan menjelang pengumuman dasar monetari Bank of Japan (BoJ) dengan jangkaan pasaran yang positif terhadap dasar monetari. Spekulasi sejak minggu lalu menunjukkan penganalisis percaya BoJ berkemungkinan mengurangkan amaun pembelian bon atau mengubah sasaran hasil-bon bank pusat.

Hasil-bon 10 tahun kerajaan Jepun membuat kenaikan sebelum pengumuman dasar monetari yang menandakan pasaran cuba menyerap (priced-in) kebarangkalian perubahan yang mungkin akan dibuat oleh BoJ. Hal ini lah yang telah mengukuhkan JPY sebelum pengumuman dasar di mana USD/JPY jatuh 40 pip pada pukul 11 pagi tadi.

Namun, jangkaan pasaran meleset apabila BoJ mengekalkan dasar monetari di mana kadar faedah negatif, amaun pembelian bon dan sasaran hasil bon dikekalkan pada paras semasa.

BoJ mengekalkan sasaran hasil-bon 10 tahun kerajaan Jepun (penanda aras kadar faedah jangka panjang) di sekitar sifar peratus. Tetapi menyatakan bahawa hasil-bon itu akan bergerak naik dan turun yang menunjukkan ia dibenarkan untuk bergerak lebih tinggi berbanding paras siling sebelum ini 0.10%.

Kadar faedah jangka pendek dikekalkan pada paras negatif 0.10% dengan amaun pembelian bon sebanyak ¥80 trillion turut dikekalkan. Keputusan dasar monetari hari ini diundi dengan kombinasi dengan 7-2.

Dasar monetari yang dikekalkan sudah cukup membuat JPY tertekan berikutan jangkaan pengetatan polisi oleh pasaran yang meleset.

Kejatuhan Yen ditambah lagi dengan unjuran inflasi yang diturunkan bagi tiga tahun akan datang yang mana lebih rendah daripada unjuran sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat