Ulasan News Besar Minit Mesyuarat F.O.M.C : Fed Dijangka Naikkan Kadar Faedah

544

Minit mesyuarat Federal Reserve yang dikeluarkan awal pagi tadi menunjukkan ahli-ahli bank pusat membincangkan tentang kenaikan kadar faedah dalam masa terdekat untuk mengimbangi kekuatan ekonomi. Dalam masa yang sama, mereka juga berpendapat isu perdagangan global dapat memburukkan perniagaan dan isirumah di Amerika Syarikat.

The Fed telah menaikkan kadar faedah secara beransur-ansur sejak tahun 2015 dan ketika ini agak bimbang dengan kekuatan ekonomi dan inflasi yang dijangka meningkat di atas sasaran 2%.

Dalam mesyuarat sebelum ini, bank pusat mengekalkan kadar faedah, tetapi perbincangan mereka jelas menunjukkan ia akan dinaikkan dalam masa terdekat. Untuk pengetahuan anda, kadar faedah telah dinaikkan sebanyak dua kali tahun ini dan berkemungkinan besar menaikkannya sekali lagi pada mesyuarat September.

“Ramai ahli bank pusat berpendapat jika data ekonomi dalam masa terdekat ini terus menyokong jangkaan ekonomi yang telah dibuat, maka ia adalah bersesuaian untuk mengurangkan akomodasi (sokongan) dalam dasar monetari,” demikian kenyataan bank pusat di dalam minit mesyuarat.

Saham di Amerika Syarikat jatuh sedikit selepas minit ini dikeluarkan, dan ketika ini dalam sesi Asia hari Khamis matawang US dollar itu menjadi yang terkuat setakat pada pukul 9.55 pagi.

Dalam minit mesyuarat juga menjelaskan ahli bank pusat secara umum menjangka ekonomi akan bertumbuh pada kadar terpantas dan memberi kesan kepada kenaikan inflasi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat