Ulasan News Besar Penetapan Polisi FOMC Pagi Tadi

592

Federal Reserve melalui FOMC menepati jangkaan dengan mengekalkan kadar faedah di paras 1.50%. Tiada jangkaan terhadap sebarang perubahan polisi untuk mesyuarat kali ini di mana ia merupakan mesyuarat terakhir untuk Janet Yellen yang digantikan oleh Jerome Powell.

Pasaran tidak menjangka perubahan yang jelas kepada polisi monetari dan ia jelas dalam pengumuman polisi pada Rabu waktu Amerika Syarikat. Dengan itu, pergerakan pasaran juga agak perlahan selepas polisi diumumkan pagi tadi.

Berbalik kepada kenyataan polisi The Fed, secara keseluruhan ia dilihat lebih hawkish daripada sebelum ini dengan penambahan perkataan yang lebih positif dari segi pengetatan polisi. The Fed memberikan isyarat akan meneruskan halatuju pengetatan polisi dengan ekonomi berkembang pada kadar yang mampan.

The Fed juga menjangka inflasi akan naik dalam beberapa bulan akan datang.

“Dengan lanjutan perubahan beransur-ansur dalam pendirian polisi monetari, aktiviti ekonomi akan berkembang pada kadar sederhana dan pasaran buruh akan kekal kukuh,” kata The Fed dalam kenyataan polisinya. Tambahnya lagi, “Inflasi berdasarkan tempoh 12-bulan dijangka akan meningkat tahun ini dan stabil di sekitar sasaran 2% dalam jangka sederhana.”

Berikut adalah petikan kenyataan rasmi The Fed pagi tadi.

Secara keseluruhan, ia lebih hawkish berbanding sebelum ini dengan penambahan perkataan ‘lanjutan’ atau ‘further’ dalam bahasa inggeris. Dengan itu, US dolar mengukuh sejak pembukaan pasaran Asia pagi tadi yang jelas dilihat dalam pasangan matawang USD/JPY dan EUR/USD/.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat