Ulasan News Besar Penggerak Pasaran Forex Pada Minggu Lalu (30 April – 4 Mei)

383

Matawang US dollar adalah matawang yang paling kuat pada minggu lalu sekaligus mencatat kenaikan tiga minggu berturut-turut. US dollar membuat kenaikan sejak awal minggu lalu walaupun tiada pemangkin yang jelas. Namun, jika diperhatikan kepada pasaran bon, terdapat kenaikan dalam hasil-bon Amerika Syarikat pada awal sesi London pada Isnin lalu.

Hasil-bon membuat penurunan dalam sesi Amerika pada hari Isnin, tetapi US dollar meneruskan kenaikannya. Kenaikan ini dipercayai datang daripada sentimen positif keberangkatan delegasi AS ke China untuk merundingkan pertikaian perdagangan kedua-dua negara.

Akhirnya kenaikan US dollar terhenti apabila bacaan indeks PMI pembuatan Amerika pada Selasa merekodkan data kurang daripada jangkaan. Kelemahan US dollar berterusan sehingga Rabu

Matawang komoditi AUD, NZD dan CAD mengukuh pada Rabu menjelang bermulanya rundingan perdagangan AS-China dengan pasaran mempunyai harapan tinggi terhadap rundingan ini. Pasaran melihat rundingan antara kedua-dua negara mengurangkan risiko ‘perang perdagangan’ yang menjadi kebimbangan pasaran sejak dua bulan yang lepas.

Dengan sentimen positif rundingan dengan China, pasaran komoditi global membuat kenaikan dengan minyak mentah, emas, kuprum, biji besi semua didagangkan positif pada Rabu lepas.

US dollar mengalami kejatuhan besar pada Khamis selepas penetapan polisi monetari The Fed. Pasaran dilihat kecewa kerana sebelum ini menjangka satu kenaikan kadar faedah yang lebih pantas tetapi jangkaan itu meleset selepas penetapan FOMC.

US dollar menguat semula selepas data NFP dikeluarkan pada Jumaat. Data kadar gaji (Average Hourly Earnings) dan data tambahan pekerjaan (NFP) meleset daripada jangkaan, tetapi kadar pengangguran mencapai paras terbaik sejak 18 tahun yang lalu. Kadar pengangguran di Amerika Syarikat berkurangan ke paras 3.9% iaitu paras terendah yang pernah dicapai pada 18 tahun yang lalu.

Sebelum kita meneruskan kepada ulasan kalendar ekonomi sepanjang minggu lalu kita lihat dahulu julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu lalu dan minggu sebelum itu untuk melihat perbezaan antara kedua-dua tempoh ini.

23 – 27 April 30 April – 4 Mei
Eur/Usd- Jatuh 235 pip Eur/Usd – Jatuh 229 pip
Usd/Jpy – Naik 187 pip Usd/Jpy – Volatile 140 pip
Gbp/Usd– Jatuh 284 pip Gbp/Usd – Jatuh 306 pip
Usd/Chf- Naik 185 pip Usd/Chf – Naik 152 pip
Usd/Cad– Naik 164 pip Usd/Cad – Volatile 114 pip
Aud/Usd– Jatuh 151 pip Aud/Usd – Volatile 109 pip
Nzd/Usd– Jatuh 179 pip Nzd/Usd – Jatuh 104 pip

Jom kita lihat ulasan event dan data penting pada minggu lalu:

  • Data PMI China (Isnin)

Kedua-dua data indeks PMI sektor pembuatan dan perkhidmatan China mencatat data yang lebih baik daripada jangkaan pasaran pada Isnin minggu lalu.

  • Indeks keyakinan perniagaan ANZ (Isnin)

Bacaan indeks semakin berkurangan daripada -20 kepada -23. Bacaan semasa menunjukkan keyakinan di New Zealand merosot mungkin disebabkan dasar perlindungan oleh Amerika Syarikat.

  • Penetapan polisi RBA (Selasa)

Bank pusat mengekalkan kadar faedah di paras 1.50% pada minggu lalu dengan mengatakan inflasi kekal rendah dan ia dijangka kekal rendah dalam tempoh ini berikutan kadar gaji yang naik perlahan. Bank pusat juga mengatakan AUD telah melemah sejak akhir-akhir ini dan sekali lagi menegaskan pengukuhan AUD akan menyebabkan aktiviti ekonomi menjadi perlahan.

  • Data pertumbuhan, GDP Kanada (Selasa)

Pertumbuhan Kanada meningkat 0.4% pada bulan Januari, lebih tinggi berbanding jangkaan 0.3%.

  • Indeks harga GDT (Selasa)

Indeks ini mengukur perubahan harga dalam sektor tenusu iaitu sektor ekonomi terbesar di New Zealand. Ia penting untuk dilihat kerana ia faktor penting yang mempengaruhi nilai NZD. Indeks merekodkan bacaan yang lebih rendah dengan -1.1% berbanding peningkatan 2.7% sebelum ini.

  • Data pekerjaan New Zealand (Rabu)

Sektor pekerjaan New Zealand secara keseluruhan adalah baik pada bulan lalu dengan tambahan pekerjaan 0.6% berbanding jangkaan 0.5%. Kadar pengangguran pula kekal pada paras 4.4% berbanding jangkaan 4.4%.

  • Data ADP-NFP (Rabu)

Jumlah pekerjaan di Amerika Syarikat meningkat sehingga 204,000 pada bulan lalu melebihi jangkaan pasaran 200,000. Data pekerjaan ini dikeluarkan oleh ADP (Automatic Data Processing), manakala data NFP pula dikeluarkan oleh Jabatan Buruh A.S. sendiri.

  • Penetapan polisi The Fed (Khamis)

The Fed mengekalkan kadar faedah dan dalam masa yang sama menyatakan keyakinan bahawa kadar inflasi menghampiri sasaran yang ditetapkan oleh Bank Pusat.

Kadar inflasi telah meningkat kepada paras 1.9 peratus dalam kiraan tahunan pada bulan Mac. Peningkatan yang terbesar sejak Februari 2017.

The Fed mengekalkan kadar faedah di paras 1.75 peratus. Pelabur menjangkakan kadar faedah akan dinaikan pada mesyuarat polisi 12-13 Jun. Menurut pakar ekonomi, kadar faedah akan dinaikkan pada bulan Jun kecuali terdapat kejutan kepada ekonomi dalam tempoh ini.

  • Imbangan dagangan Australia (Khamis)

Imbangan dagangan yang mengira perbezaan eksport dan import negara Australia merekodkan bacaan positif pada Mac.

  • Data PMI sektor perkhidmatan UK (Khamis)

Data indeks PMI sektor perkhidmatan yang menilai aktiviti sektor perkhidmatan di UK merekodkan bacaan 52.8 pada April berbanding jangkaan 53.5. Bacaan di atas 50 menunjukkan aktiviti yang berkembang dan sebaliknya di bawah 50 menggambarkan aktiviti yang merosot. Namun, data kali ini adalah mengecewakan kerana meleset daripada jangkaan. Sektor perkhidmatan adalah data paling penting kerana ia mewakili sebahagian besar keseluruhan ekonomi Britain.

  • Data inflasi Zon Eropah (Khamis)

Data inflasi Zon Eropah semakin merosot baru-baru ini apabila CPI jatuh ke paras 1.2% daripada 1.3% sebelum ini. Nampaknya, tekanan untuk ECB mengetatkan polisinya semakin berkurangan.

  • Data imbangan dagangan Kanada (Khamis)

Data imbangan dagangan negara Kanada semakin merosot dengan catatan defisit -4.1 billion berbanding jangkaan -2.3 billion.

  • Data PMI sektor perkhidmatan Amerika (Khamis)

Matawang US dollar jatuh selepas data PMI sektor perkhidmatan meleset daripada jangkaan. Kenapa data ini penting? Sektor perkhidmatan atau sektor bukan pembuatan adalah sektor ekonomi terbesar di Amerika Syarikat yang banyak menyumbang kepada ekonomi.

  • Indeks PMI Caixin China (Jumaat)

Ini adalah data penting terhadap AUD dan NZD khasnya, kerana China adalah rakan dagang terbesar Australia dan New Zealand. Data ini merekod kenaikan kepada 52.9 berbanding jangkaan 52.2.

  • Data NFP (Jumaat)

Data NFP menunjukkan tambahan pekerjaan di Amerika Syarikat yang hanya meningkat 164,000 pada bulan April menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh A.S. Pasaran menjangka tambahan sebanyak 190,000 pekerjaan dengan kadar gaji juga meleset daripada jangkaan.

Data yang lebih penting iaitu kadar gaji (Average Hourly Earnings) hanya naik 0.1% lebih rendah berbanding jangkaan kenaikan 0.2% dan bacaan sebelum ini yang meningkat 0.3%.

Walaubagaimanapun, satu daripada tiga data pekerjaan yang dikeluarkan merekodkan bacaan yang positif. Kadar pengangguran semakin berkurangan ke paras 3.9% berbanding jangkaan 4.0%. Bacaan yang positif dilihat telah mengurangkan tekanan terhadap US dollar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat