Ulasan News Non-Farm Payroll, Data Mengejutkan Dari Amerika Syarikat

37

Data NFP (Non-Farm Payroll) hanya meningkat sebanyak 98,000 pada Mac dengan jangkaan pasaran jauh lebih tinggi sebanyak 174,000.

Penambahan jumlah pekerjaan pada Februari dikaji semula kepada 219,000 dari 235,000 yang dilaporkan sebelum ini.

Kadar pengangguran pula berkurangan kepada 4.5% dari 4.7% sebelum ini, di mana peratusan pencari pekerjaan kekal di paras 63%.

Average hourly earnings (purata gaji per jam) yang menjadi data penting kekal di paras 0.2% pada tempoh sama dengan kenaikan tahunan setakat ini mencecah 2.7% sejajar dengan jangkaan pasaran.

Data pekerjaan kali ini boleh disimpulkan sebagai bercampur-campur walaupun data ADP sebelum ini begitu kukuh dengan penambahan 263,000 berbanding jangkaan pasaran 190,000.

Secara keseluruhan, walaupun data kali ini disifatkan sebagai ‘mengejutkan’, tetapi pasaran pekerjaan Amerika Syarikat masih dilihat stabil dengan kadar pengangguran yang semakin berkurangan. The Fed walaubagaimanapun, tidak akan terlalu memberi reaksi berlebihan kepada data bulan ini.

US dolar berada di bawah tekanan sejurus data ini dikeluarkan dengan Usd/Jpy jatuh sehingga hampir mencecah 110.00, namun pulih semula dan kini di dagang di sekitar 110.65.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat