Ulasan Penetapan Kadar Bank Of Canada

39

Bank Pusat Kanada (Bank of Canada, BoC) dalam penetapan kadarnya semalam mengekalkan kadar di paras 0.50% yang sejajar dengan jangkaan pasaran.

Menurut bank pusat, inflasi (CPI) naik kepada 2.1% pada Januari yang disokong oleh harga minyak mentah yang semakin meningkat. Bank pusat menyatakan akan terus menilai kesan ini yang mana dianggap sebagai sementara. Tidak lupa juga bacaan inflasi teras.

Keadaan ekonomi domestik dan global dilihat konsisten dengan ramalan ekonomi yang telah dibuat oleh Bank Pusat dalam laporan polisi monetari Januari lepas. Data-data ekonomi masih menunjukkan permintaan domestik yang mengukuh sedikit dari jangkaa, tetapi eksport masih lagi berhadapan dengan persaingan dengan negara-negara lain.

Peningkatan kadar pendapatan masih dilihat lemah dan pasaran pekerjaan juga masih menunjukkan sedikit masalah dalam ekonomi yang belum dapat diatasi.

Bank pusat akan terus meneliti ketidaktentuan dalam ekonomi yang memberi kesan kepada ekonomi di masa hadapan. Pada mesyuarat ini juga  Gabenor Poloz tidak membuat sebarang sidang media.

Kenyataan Bank Pusat secara keseluruhannya adalah lebih ‘dovish‘ dari jangkaan, khususnya apabila BoC menyatakan akan meneliti kenaikan inflasi yang sementara dan juga sedikit masalah dalam ekonomi. Dalam konteks ini, polisi monetari dilihat boleh dilonggarkan lagi dengan jangkaan The Fed yang akan menaikkan kadarnya pada Mac ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat