Ulasan Penetapan Kadar Bank of England, Gbp/Usd Menguat 100 Pip

43

Dalam mesyuarat terbaru, Bank of England mengekalkan kadarnya di 0.25% sejajar dengan jangkaan pasaran. Ahli MPC (Monetary Policy Committee) mengundi 8-1 bagi mengekalkan kadar.

Kenyataan bank pusat menegaskan bahawa peningkatan kadar inflasi di atas sasaran ada hadnya. Inflasi ketika ini masih lemah dari jangkaan dan tekanan harga adalah bukti kadar inflasi akan terus bergerak ke arah 2% beberapa bulan akan datang.

Bank pusat juga menyatakan perbelanjaan pengguna semakin perlahan. Dalam konteks ini trend penurunan perbelanjaan menunjukkan kesan daripada kenaikan harga berikutan daripada kejatuhan nilai pound sterling.

Menurut kenyataan BoE, polisi monetari boleh bergerak kepada pengetatan atau pelonggaran dengan polisi akan diketatkan jika permintaan terus mengukuh.

Forbes salah seorang dari ahli MPC yang mengundi penetapan kadar akan meninggalkan bank pusat selepas tempoh jawatannya berakhir pada Jun. Beliau adalah ahli MPC paling ‘hawkish‘ dan ketiadaannya sudah tentu mengurangkan pengaruh kepada pengetatan polisi.

Ada juga beberapa ahli MPC yang menyatakan akan mempertimbangkan pengurangan kepada rangsangan monetari jika inflasi dan pertumbuhan ekonomi terus meningkat. Ini adalah satu kenyataan yang begitu hawkish dari jangkaan pasaran.

Matawang Gbp menguat selepas data ini dikeluarkan dengan Gbp/Usd meningkat hampir 100 pip setakat pada masa artikel ini ditulis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat