Ulasan Penetapan Kadar Faedah FOMC, US Dolar Mengukuh

62

Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (The Federal Reserve) dalam mesyuarat FOMC yang terkini mengekalkan kadar Fed Fund Rate di paras 1.00%. Keputusan FOMC kali ini adalah sejajar dengan jangkaan pasaran.

Kesemua ahli yang mengundi dalam penetapan kadar bersetuju agar kadar dikekalkan dengan undian (10-0).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada pukul 2 pagi Khamis, FOMC menjangkakan kelemahan pertumbuhan ekonomi US pada suku pertama adalah sementara dengan pertumbuhan sederhana secara keseluruhan menunjukkan bukti bahawa pasaran pekerjaan terus mengukuh walaupun aktiviti ekonomi sedikit perlahan.

Risiko keseluruhan dalam ekonomi juga semakin seimbang.

Menurut kenyataan tersebut, inflasi dalam jangka masa 12 bulan telah bergerak ke arah sasaran 2%. Dengan tidak mengambil kira makanan dan bahan api, inflasi masih lagi bergerak di bawah sasaran dan anggaran dari segi pasaran masih lagi rendah.

Dari segi polisi pelaburan semula, The Fed tidak membuat sebarang komen terhadap polisi ini di masa hadapan, dengan pelaburan semula akan diteruskan sehingga normalisasi pada kadar faedah bergerak dengan baik.

Dalam kenyataan itu tiada sebarang kemaskini terhadap ramalan kadar faedah di mana dalam mesyuarat ini juga tiada sidang media dibuat.

The Fed juga akan terus menunggu bukti-bukti ekonomi pada bulan Mei dan awal Jun sebelum memberi isyarat sama ada akan menaikkan kadar pada Jun. Mesyuarat Jun nanti pasaran bakal mendapat isyarat jelas tentang pelaburan semula bon.

Ahli The Fed juga mengulangi kenyataan di mana mereka menjangkakan ekonomi akan menyesuaikan keadaannya dalam situasi yang menyokong kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur.

Komen terhadap perbelanjaan isirumah iaitu, “Perbelanjaan isirumah meningkat sederhana, tetapi asas ekonomi menunjukkan pertumbuhan yang berterusan dalam penggunaan.”

Menjelang pengumuman kadar faedah pukul 2 pagi tadi, pasaran hanya menjangka kenaikan kadar pada Jun di paras 65% dan meningkat sehingga lebih dari 90% selepas pengumuman kadar.

US dolar bergerak naik turun dalam kadar yang kecil sejurus kenyataan mesyuarat The Fed dikeluarkan,dan selepas dua jam US dolar menguat dengan Usd/Jpy naik hampir 40 pip. Manakala Eur/Usd jatuh hampir 35 pip dengan Gbp/Usd jatuh hampir 40 pip.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat