Ulasan Penetapan Polisi Bank of Japan, Inflasi 0.5% Masih Jauh Dari Sasaran

162

Bank of Japan (BOJ) mengekalkan polisi monetari pada Khamis, namun sebahagian ahli BoJ berpendapat bahawa pengamalan polisi sekarang berpontensi meningkatkan inflasi kepada 2%.

Seperti yang dijangkakan, BOJ mengekalkan sasaran kadar faedah dalam jangka masa pendek pada -0.10% dan berjanji akan cuba mengekalkan hasil-bon 10 Tahun (JGB) dalam kadar 0% dibawah polisi sasaran keluk hasil (yield curve control ,YCC). Antara kaedah yang cuba di buat oleh BOJ untuk mengekalkan hasil bon di paras 0% ialah dengan membeli bon kerajaan dalam jumlah 80 trillion yen ($717.6 billion).

Walaubagaimanapun, Goushi Kataoka menunjukkan keraguan terhadap sasaran inflasi 2% di mana beliau menjelaskan polisi semasa tidak cukup untuk mencapai sasaran 2% inflasi dalam tahun 2019.” seperti yang diunjurkan oleh BOJ.

Reaksi BoJ selepas keputusan Fed

Kenyataan BOJ dikeluarkan sejurus keputusan yang dibuat Fed untuk mengekalkan kadar faedah buat masa ini dan akan meningkatkan sekali lagi kadar faedah pada hujung tahun ini. Tindakan ini telah menyebabkan kenaikan US dolar ke paras tertinggi dua bulan lalu.

Dengan inflasi semasa jepun (0.5%) masih jauh dari sasaran 2%, gabenor Kuroda dijangka akan memastikan pasaran tahu BoJ masih jauh ketinggalan berbanding The Fed dalam pengetatan polisi.

Antara yang dinantikan oleh pasaran adalah reaksi Kuroda dalam merespon perubahan landskap politik Jepun terhadap pengamalan polisi monetari.

Menurut sumber kerajaan yang dipercayai, perdana Shinzo Abe sedang mempertimbangkan untuk mengadakan pilihan raya pada awal bulan hadapan. Sebahagian hasil cukai jualan tahun 2019 yang diperuntukan bagi pendidikan dan pusat jagaan kanak-kanak akan digunakan untuk membiayai pilihan raya.

Ini akan membantutkan gerak kerja kerajaan bagi mengurangkan defisit fiskal pada masa yang ditetapkan. Sebahagian penganalisis berpendapat, sebarang penangguhan perlaksanaan perubahan dasar fiskal akan meletakkan bank pusat dalam tekanan kerana bank pusat terpaksa merendahkan kos pinjaman serendah mungkin lebih daripada masa yang sepatutnya.

Sebagaimana yang dikatakan Izuro Kato, ketua ekonomi Totan Research, ”Selain daripada mencapai sasaran inflasi 2%, sasaran hasil-bon (YCC) mengurangkan keuntungan bank dan melemahkan sistem kewangan”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat