Ulasan Penetapan Polisi Monetari Bank of Japan, Yen Stabil

55

Bank of Japan (BoJ) mengekalkan polisi monetarinya pada Khamis walaupun terdapat bukti aktiviti ekonomi yang semakin kukuh. Ini menunjukkan bahawa bank pusat itu tidak tergesa-gesa untuk mengurangkan rangsangan monetari dengan kadar inflasi yang masih jauh dari sasaran 2%.

Keputusan BoJ hari ini sememangnya telah dijangka di mana bank pusat mengekalkan kadar faedah -0.10%. Kadar faedah negatif di sini bermaksud bank pusat mengenakan bayaran kepada bank yang menyimpan lebihan rizab di bank pusat.

Dalam mesyuarat polisi selama dua hari yang berakhir pada Khamis, BoJ juga mengekalkan sasaran hasil-bon 10 tahun kerajaan di sekitar kosong peratus. Dalam usaha untuk mencapai sasaran inflasi 2%, BoJ akan terus membeli bon dalam masa yang sama mengekalkan hasil bon jangka panjang di sekitar 0%.

“Ekonomi Jepun berkembang dengan sederhana,” kata BoJ kenyataan awal polisi monetari.

Dengan ekonomi Jepun yang terus bertumbuh dengan baik dan inflasi yang meningkat walaupun perlahan, bank pusat dijangka tidak akan mengubah polisi dalam masa terdekat.

“Tahun depan, jika pertumbuhan ekonomi berterusan, ia akan meningkatkan jangkaan kepada normalisasi polisi,” kata Junko Nishioka, ketua penganalisis ekonomi di Sumitomo Mitsui Banking Corporation yang juga bekas pegawai Bank of Japan.

Bank of Japan belum pernah pengubah polisi mereka sejak September 2016 apabila kali pertama memperkenalkan sasaran hasil-bon di sekitar 0%.

Tidak ada pergerakan signifikan oleh matawang Yen selepas pengumuman polisi ini dengan pasangan-pasangan matawang Yen kini didagang bercampur-campur.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat