Ulasan Penggerak Pasaran Forex Minggu Ini (01-05 Mei)

63

Eur/Usd secara keseluruhan membuat keuntungan minggu ini yang disokong oleh keyakinan pasaran kepada kemenangan Macron dalam pilihanraya pusingan terakhir Perancis.

US dolar meneruskan penguatan berbanding Yen sejak minggu lalu dengan data-data positif dari US dan prestasi memberangsangkan oleh Wallstreet. Kenaikan ini juga banyak disumbang oleh faktor sentimen pasaran global yang semakin baik.

US dolar juga dilihat mengukuhkan kedudukan berbanding Loonie. Dolar Kanada ketika ini banyak mendapat kesan daripada pergerakan harga minyak mentah global dan juga sentimen polisi perdagangan US.

Kejatuhan Aussie pada awal minggu ini dipengaruhi oleh pretasi pendapatan syarikat berprofail tinggi di Australia yang kurang memberangsangkan. Tidak lupa juga kemerosotan harga komoditi seperti kuprum yang menjadi antara eksport terbesar mereka ke China.

Nzd/Usd tidak terkecuali dari mendapat kesan ‘regional factor’ (kesan serantau) dari Australia walaupun dengan data pekerjaan yang begitu positif. Namun, pasaran tetap melihat Nzd mencatat keuntungan sepanjang minggu ini disumbang oleh data ekonomi positif dan faktor kelemahan US dolar.

Sebelum kita meneruskan kepada ulasan kalendar ekonomi sepanjang minggu ini kita lihat dahulu julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu ini dan minggu lepas untuk melihat perbezaan antara kedua-dua tempoh ini.

24 – 28 April 01 – 05 Mei
Eur/Usd- volatile 130 pip Eur/Usd- naik 125 pip
Usd/Jpy– naik 219 pip Usd/Jpy– naik 184 pip
Gbp/Usd– naik 193 pip Gbp/Usd– naik 154 pip
Usd/Chf- naik 87 pip Usd/Chf- jatuh 107 pip
Usd/Cad– naik 287 pip Usd/Cad– volatile 157 pip
Aud/Usd– jatuh 148 pip Aud/Usd– volatile 189 pip
Nzd/Usd– jatuh 205 pip Nzd/Usd– naik 129 pip

Tanpa membuang masa lagi mari kita lihat ulasan kalendar ekonomi utama sepanjang minggu ini.

  • Data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE), Isnin

Indeks perbelanjaan penggunaan peribadi US (Personal Consumption Expenditure, PCE) merosot 0.2% pada Mac berbanding bulan sebelum itu yang merekod kenaikan 0.1%. Dalam tempoh 12 bulan sehingga Mac indeks ini susut ke 1.8% dari 2.1% dan jangkaan pasaran 1.9%. Bacaan Core PCE (Asas-PCE) pula susut 0.1% pada tempoh sama yang sejajar dengan jangkaan pasaran di mana dalam tempoh 12 bulan sehingga Mac bacaan ini merosot kepada 1.6% dari 1.8%.

  • PMI sektor pembuatan US, Isnin

Indeks sektor pembuatan US ISM merosot kepada 54.8 pada April dari 57.2 sebelum ini. Jangkaan pasaran kali ini indeks hanya merosot kepada 56.5 dan merupakan bacaan terendah sejak empat bulan lalu. Indeks pekerjaan susut dengan mendadak ke paras 52.0 dari 58.9 sebelum ini.

  • Ucapan Setiausaha Perbendaharaan US Steve Mnuchin, Isnin

Kekurangan maklumat lanjut dalam perancangan percukaian Trump adalah disebabkan oleh pihak pentadbiran US yang sedang bekerjasama dengan Kongres yang akan keluar dengan perancangan bersama nanti. Terdapat cara lain untuk menaikkan pendapatan kerajaan US semula bagi mengimbangi potongan cukai di mana pendapatan yang semakin meningkat akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi.

  • PMI sektor pembuatan China, Selasa

Sektor perkilangan China kehilangan momentum pada bulan April gara-gara pertubuhan domestik dan permintaan eksport yang perlahan dalam satu kajian yang ditunjukkan pada Selasa. Data positif oleh sektor pembuatan dan perkhidmatan yang dikeluarkan secara rasmi pada Ahad telah mengukuhkan pandangan bahawa ekonomi China kekal kukuh namun sudah mula menunjukkan penurunan pada trend sederhana. Indeks Caixin/PMI menjunam kepada bacaan 50.3 pada bulan April dibawah jangkaan sebanyak 51.0.

  • Penetapan kadar faedah bank pusat Australia, Selasa

RBA mengekalkan kadar pada rekod 1.5 peratus selepas membuat pelonggaran dasar pada Ogos dan Mei tahun lalu. RBA dikatakan optimis terhadap pertumbuhan ekonomi, namun menambah amaran kepada pertumbuhan upah yang dijangka kekal perlahan “untuk beberapa ketika”.

  • PMI sektor pembuatan UK, Selasa

Indeks ini mengukuh ke paras 57.3 pada April dari 54.3 sebelum ini dan bacaan kali ini lebih tinggi berbanding dengan jangkaan pasaran 54.0. Komponen pengeluaran meningkat ke paras tertinggi sejak tiga bulan lalu berikutan peningkatan pelaburan dan sektor barangan pertengahan, di mana sektor pengguna masih lagi lemah.

  • Data pekerjaan New Zealand, Rabu

Pasaran pekerjaan New Zealand meningkat lebih pantas daripada jangkaan pada suku pertama apabila negara ini menambah lebih banyak pekerjaan dengan kadar pengangguran yang semakin berkurangan. Jumlah pekerjaan meningkat 1.2% pada suku pertama dengan bacaan sebelum ini dikaji semula dengan hanya naik 0.7% pada suku keempat 2016. Bacaan terkini lebih dari ramalan pasaran 0.8%.

  • PMI sektor pembinaan UK, Rabu

Indeks PMI sektor pembinaan UK mengukuh kepada 53.1 pada April dari 52.2 sebelum ini. Bacaan kali ini melebihi ramalan 52.0 dan merupakan bacaan tertinggi dalam masa empat bulan.

  • Pertumbuhan ekonomi Zon Eropah, Rabu

Pertumbuhan ekonomi Zon Eropah meningkat 0.5% pada suku pertama 2017 yang sejajar dengan jangkaan pasaran. Bacaan kali ini juga merupakan kadar pertumbuhan yang sama direkod pada suku keempat 2016 yang dikaji semula dari bacaan asal 0.4%.

  • Data pekerjaan ADP-NFP, Rabu

Tambahan sebanyak 177,000 pekerjaan baru dalam sektor swasta. Bacaan kali ini kurang sedikit daripada jangkaan sebanyak 178,000 dan data bulan sebelum iaitu 255,000 yang telah dikaji semula dari 263,000 yang dilaporkan bulan lalu.

  • PMI sektor perkhidmatan US, Rabu

Indeks PMI sektor perkhidmatan naik kepada 57.5 pada April dari 55.2 sebelum ini. Jangkaan pasaran bagi data kali ini ialah 56.1. Komponen pekerjaan jatuh kepada 51.4 daripada 51.6 sebelum ini.

  • Penetapan kadar The Federal Reserve, Khamis

Keputusan FOMC kali ini adalah menepati jangkaan pasaran dengan mengekalkan kadar Fed Fund Rate di paras 1.00%. FOMC menjangkakan kelemahan pertumbuhan ekonomi US pada suku pertama adalah sementara. Terdapat juga komen terhadap perbelanjaan isirumah iaitu, “Perbelanjaan isirumah meningkat sederhana, tetapi asas ekonomi menunjukkan pertumbuhan yang berterusan dalam penggunaan.”

  • Imbangan perdagangan Australia, Khamis

Sektor perdagangan Australia rekod prestasi kurang memberangsangkan pada Mac dengan import mengatasi eksport dari segi pertumbuhan. Data imbangan perdagangan (trade balance) Australia mencatat lebihan dagangan (trade surplus) A$3.11 billion jatuh dari A$3.66 billion pada bulan sebelum itu. Jangkaan bagi data kali ini ialah lebihan dagangan A$3.33 billion.

  • PMI sektor perkhidmatan UK, Khamis

Indeks PMI sektor perkhidmatan UK pada April mengukuh ke paras 55.8 dari 55.0 sebelum ini. Bacaan kali ini lebih tinggi dari ramalan pasaran 54.6 dan juga merupakaan catatan tertinggi dalam masa empat bulan.

  • PMI sektor perkhidmatan Zon Eropah, Khamis

Indeks PMI sektor perkhidmatan Zon Eropah naik ke paras 56.4 pada April berbanding 56.2 sebelum ini. Bacaan kali ini juga melebihi jangkaan 56.2. Bacaan keluaran komposit meningkat ke paras 56.8 dari 56.7 dan kedua-dua indeks perkhidmatan dan komposit berada di paras tertinggi sejak enam tahun lalu.

  • Imbangan perdagangan Kanada, Khamis

Akaun perdagangan Kanada masih lagi merekodkan defisit pada Mac dengan C$0.13 billion berbanding bulan sebelum itu yang merekod C$1.1 billion yang pada mulanya dilaporkan C$1.0 billion. Jangkaan bagi data kali ini ialah sedikit lebihan 0.3 billion. Manakala lebihan dagangan dengan US semakin kurang kepada C$4.0 billion dari C$4.5 billion sebelum ini.

  • Kenyataan polisi monetari bank pusat Australia, Jumaat

Ahli RBA menjangka pertumbuhan GDP akan berada di sekitar 2.5% dan 3.5% dalam jangka masa dua tahun. Inflasi CPI juga diramal kembali ke paras sasaran dalam jangka masa yang sama. Inflasi tahunan juga naik semakin pantas dengan harga pengguna (CPI) naik kepada 2.1% pada suku pertama 2017. Ahli RBA mengekalkan pandangan optimis terhadap ekonomi yang didorong oleh kebangkitan semula harga kamoditi sejak awal tahun ini dan juga permintaan global yang semakin baik.

  • Jangkaan inflasi New Zealand sukuan, Jumaat

Jangkaan inflasi jangka panjang bagi sektor perniagaan New Zealand naik lebih pantas pada suku pertama. Harga pengguna (CPI) tahunan dijangka berada di paras 1.9% seperti yang ditunjukkan oleh data rasmi.

  • Data pekerjaan Kanada, Jumaat

Data yang bercampur-campur dengan tambahan pekerjaan hanya 3,200 berbanding jangkaan pasaran sebanyak 20,000 dan data sebelum ini 19,400. Kadar pengangguran pula berkurangan kepada 6.5% dari 6.7% yang terendah sejak Oktober 2008 berbanding jangkaan pasaran yang kekal di paras 6.7%. Terdapat juga kemerosotan dalam kadar penyertaan dalam tenaga kerja kepada 65.6% dari 65.9%.

  • Data Non-farm payroll NFP US, Jumaat

211,000 tambahan pekerjaan bukan perladangan di US bertambah dalam ekonomi berbanding jangkaan pasaran sebanyak 194,000. Data pada bulan Mac juga telah dikaji semula kepada 79,000 berbanding yang dilapor sebelum ini iaitu 98,000. Average hourly earnings naik 0.3% sejajar dengan jangkaan pasaran walaupun kenaikan dari segi tahunan cuma 2.5% berbanding sebelum ini yang merekod 2.7%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat