Ulasan Penggerak Pasaran Forex Minggu Ini (20-24 Mac)

52

Minggu ini, data-data dari AS yang dikeluarkan kurang daripada jangkaan pasaran dengan risiko politik pada Jumaat menyebabkan US dolar masih gagal untuk menguat secara keseluruhan.

Data ‘Jobless claims‘ yang dikeluarkan minggu ini lemah dari jangkaan dengan peningkatan tuntutan pengangguran sebanyak 17,000 orang. Data durable goods yang dikeluarkan pada Jumaat juga hanya naik 0.4% berbanding jangkaan kenaikan 0.5%.

Pasaran juga mengekori secara rapat undian polisi kesihatan Trump-care bagi menggantikan Obama-care pada Jumaat. Ahli-ahli dari Republikan memilih untuk mengekalkan Obama-care berbanding polisi yang dibawa Trump. Ini akan menjadi satu tamparan hebat dan memalukan pentadbiran baru AS. Hal ini dilihat menjatuhkan kredibiliti Trump yang gagal meyakinkan Kongres dan menjadikan polisi-polisi baru yang akan di bawa selepas ini juga berpotensi gagal mendapat persetujuan Kongres.

Di Eropah matawang Euro meneruskan penguatan minggu ini dengan risiko politik Perancis semakin reda di mana tinjauan terbaru pilihanraya Perancis memperlihatkan Macron mendahului Le Pen. Penguatan Euro disokong lagi pada sesi Jumaat di mana data PMI mencapai paras tertinggi sejak 71 bulan lepas.

Walaupun UK berhadapan dengan serangan pengganas minggu ini, ia dilihat kurang memberi kesan kepada matawang GBP. Gbp masih lagi menguat minggu ini dengan tarikh permulaan proses keluar UK semakin hampir. Ia dilihat telah mengurangkan risiko-risiko Brexit sekurang-kurangnya pada masa ini. Terdapat retorik terbaru dari Bank of England bahawa kadar faedah berpotensi dinaikkan dalam ucapan Broadbent pada Khamis.

Sebelum kita meneruskan kepada ulasan kalendar ekonomi sepanjang minggu ini kita lihat dahulu julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu ini dan minggu lepas untuk melihat perbezaan antara kedua-dua tempoh ini.

13-17 Mac 2017 20 – 24 Mac 2017
Eur/Usd– Naik 182 pip Eur/Usd- Naik 106 pip
Usd/Jpy– Jatuh 263 pip Usd/Jpy–  Jatuh 228 pip
Gbp/Usd– Naik 296 pip Gbp/Usd– Naik 196 pip
Usd/Chf- Jatuh 175 pip Usd/Chf- Jatuh 120 pip
Usd/Cad– Jatuh 219 pip Usd/Cad– 145 pip volatile
Aud/Usd– Naik 185 pip Aud/Usd– Jatuh 145 pip
Nzd/Usd– Naik 156 pip Nzd/Usd–  96 pip volatile

Tanpa membuang masa lagi mari kita lihat ulasan kalendar ekonomi utama sepanjang minggu ini.

  • Harga Pengguna, cpi, UK (Selasa)

Harga pengguna UK meningkat 0.8% pada Februari berbanding jangkaan pasaran 0.5%. Dalam bacaan dari tahun ketahun, bacaan inflasi terpenting ini (CPI) naik 2.3% dari 1.8% sebelum ini yang mana di atas jangkaan pasaran 2.1% dan merupakan bacaan tertinggi sejak September 2013. Kadar CPI yang menjadi tumpuan bank pusat ini juga melebihi sasaran Bank of England  sebanyak 2%. Dalam konteks ini, data terbaru inflasi dilihat cenderung meningkatkan spekulasi bahawa BoE akan mengetatkan polisinya dengan menaikkan kadar.

  • Jualan Runcit Kanada, (Selasa)

Jualan runcit (retail sales) di Kanada meningkat 2.2% pada Januari berbanding jangkaan peningkatan 1.5% dan data pada bulan sebelum yang merekodkan kejatuhan sebanyak 0.4%. Jualan barangan asas atau dipanggil sebagai (core-retail sales) meningkat 1.7% jika dibandingkan dengan jangkaan pasaran hanya kenaikan 1.2%.

  • Indeks Harga GDT, (Selasa)

Data terbaru Indeks harga Global Dairy Trade (GDT price index) merekodkan kenaikan 1.7% berbanding penyusutan sebanyak 6.3% sebelum ini. Jumlah jualan meningkat 10% berbanding sebelum ini dan peningkatan bekalan dijangka akan terus memberi tekanan kepada harga. Dalam konteks ini perkembangan terkini dalam jualan akan meningkatkan semula keyakinan dalam peningkatan permintaan.

  • Inventori Minyak Mentah AS, EIA (Rabu)

Pengurusan Informasi Tenaga di US melaporkan inventori minyak mentah yang meningkat sebanyak 5.0 juta tong pada minggu berakhir 17 Mac berbanding pengurangan 0.2 juta tong yang dicatatkan sebelum itu. Inventori berada di tahap yang membimbangkan apabila pengeluaran minyak mentah AS telah meningkat lebih daripada 8 peratus sejak pertengahan 2016 kepada hampir lebih 9.1 juta tong sehari.

  • Penetapan Polisi Monetari New Zealand (Khamis)

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) mengekalkan kadar stabil pada rekod rendah 1.75 peratus pada Khamis. Menurut gabenor bank tersebut, Graeme Wheeler dalam satu kenyataan, dasar monetari akomodatif akan kekal untuk jangka masa yang agak panjang lagi. Hal ini bagi menyesuaikan dasar dengan ketidaktentuan global dan prospek antarabangsa.

  • Jualan Runcit UK (Khamis)

Data meningkat 1.4% pada Februari berbanding jangkaan 0.4% pada bulan sama. Data Januari dikaji semula kepada penyusutan jualan 0.5% dari 0.3% yang dilaporkan sebelum ini, manakala peningkatan tahunan juga dilaporkan kukuh daripada jangkaan di paras 3.7% berbanding sebelum ini 1.0%.

  • Data tempahan Core-Durable Good AS, (Jumaat)

Data tempahan ‘US durable goods‘ naik 1.7% pada Februari yang merupakan catatan di atas jangkaan pasaran di sekitar 1.2%, tetapi data pada Januari telah dikaji semula kepada peningkatan 2.3%. Manakala data yang lebih penting iaitu tempahan ‘core durable goods‘ naik 0.4% pada Februari yang mana data sebelum ini telah dikaji semula kepada kenaikan 0.2%. Manakala data ini pula di bawah jangkaan di mana pasaran meramalkan kenaikan 0.5%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat