Ulasan Penggerak Pasaran Tukaran Matawang Sepanjang Minggu Ini (11 Sept – 15 Sept)

74

US dolar membuat pemulihan yang memberangsangkan dalam tempoh (11 sept – 15 Sept) berikutan data-data yang lebih baik dan sentimen pasaran yang semakin pulih walaupun Korea Utara sekali lagi melancarkan peluru berpandu merentasi Jepun pada Jumaat.

Anda pasti tertanya-tanya adakah ini hanya pembetulan harga (correction) atau ia permulaan tren yang baru??? Sebenarnya… sukar untuk menjawab soalan seperti ini, kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Kita hanya boleh mendapatkan kebarangkalian yang baik berbanding kepastian dalam dagangan forex, mahupun dagangan saham atau bon sekalipun.

Minggu ini dimulakan dengan kenaikan US dolar apabila bencana yang dibawa taufan Irma tidaklah seteruk yang dijangka. Kita melihat kenaikan US dolar pada Isnin yang turut didorong oleh sentimen yang reda apabila Korea Utara tidak melancarkan sebarang ujian peluru berpandu pada hujung minggu lalu.

Pengukuhan US dolar berterusan pada Selasa berikutan sentimen pasaran yang semakin baik. Sentimen risk-on juga diterjemahkan ke dalam pasaran saham global, apabila indeks-indeks saham Asia, Eropah dan US merekod kenaikan sepanjang minggu ini. Pada Selasa, matawang GBP naik mendadak apabila data CPI melebihi jangkaan pasaran.

Walaupun data PPI (harga pengeluar US) pada Rabu kurang daripada jangkaan, tetapi spekulasi yang mengatakan perancangan cukai US akan dibentangkan pada 25 September telah mencuri perhatian pasaran dan menyokong US dolar pada hari tersebut.

Untuk Khamis, perhatian pasaran terarah kepada penetapan polisi Bank of England (BoE). GBP/USD melonjak tinggi selepas penetapan polisi yang dilihat lebih hawkish, apabila bank pusat mengatakan kenaikan kadar faedah beberapa bulan akan datang mungkin diperlukan. Kenaikan matawang GBP juga berterusan pasa Khamis, selepas salah seorang ahli bank pusat yang dovish tetapi memberikan komen hawkish. Secara keseluruhan, untuk polisi monetari BoE adalah positif ketika ini dengan spekulasi kenaikan kadar faedah beberapa bulan akan datang.

Jumaat menunjukkan sentimen agak terganggu pada sesi Asia, apabila aset safe-haven mengukuh selepas ujian peluru berpandu Korea Utara merentasi Jepun. Walaubagaimanapun, pengukuhan Yen, emas dan Swissy hanya sementara apabila pasaran dapat menyerap perkara ini dan dilihat ia adalah perkara biasa selepas ia berlaku beberapa kali. Pasaran juga telah menjangka tindakan yang dibuat oleh Korea Utara selepas Majlis Keselamatan PBB meningkatkan sekatan terhadap mereka.

Sebelum kita meneruskan kepada ulasan kalendar ekonomi sepanjang minggu ini kita lihat dahulu julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu ini dan minggu lepas untuk melihat perbezaan antara kedua-dua tempoh ini.

04 Sept – 08 Sept 11 Sept – 15 Sept
Eur/Usd– naik 224 pip Eur/Usd- Jatuh 192 pip
Usd/Jpy– jatuh 261 pip Usd/Jpy– Naik 320 pip
Gbp/Usd– naik 315 pip Gbp/Usd– Naik 467 pip
Usd/Chf– jatuh 198 pip Usd/Chf- Naik 247 pip
Usd/Cad– jatuh 365 pip Usd/Cad– 158 pip sideways
Aud/Usd– naik 183 pip Aud/Usd– Jatuh 103 pip
Nzd/Usd– naik 193 pip Nzd/Usd– 137 pip volatile

 

Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat ulasan keseluruhan pasaran sepanjang minggu ini.

  • Data CPI UK (Selasa)

Bacaan menunjukkan peningkatan lebih daripada jangkaan pada Ogos. Harga pengguna naik 2.9% dari tahun ke tahun (y/y) seperti yang ditunjukkan oleh Jabatan Statistik, meningkat daripada 2.6% sebelum ini. Penganalisis ekonomi menjangka data kali ini hanya naik kepada 2.8% pada Ogos.

  • Data pekerjaan UK (Rabu)

Indeks purata pendapatan (Average earning index) kekal di paras 2.1%. Jangkaan pasaran untuk data ini adalah 2.3% yang mana lebih tinggi daripada data sebenar. Kadar pengangguran dalam tempoh tiga bulan sehingga Julai susut kepada 4.3% daripada 4.4% sebelum ini dan juga jangkaan pasaran 4.4%.

Gunatenaga atau tambahan pekerjaan meningkat 181,000 dalam tempoh tiga bulan terkini yang tertinggi sejak suku keempat 2015. Kadar gunatenaga meningkat ke paras tertinggi 75.3% dari 75.1% sebelum ini.

  • Data PPI, harga pengeluar US (Rabu)

Harga pengeluar (producer price index, ppi) Amerika Syarikat menunjukkan bacaan kurang daripada jangkaan pada Ogos. Walaupun data harga pengeluar ini meningkat daripada bacaan sebelum ini, tetapi ia rendah daripada jangkaan kenaikan 0.3%. Harga pengeluar naik 0.2% pada Ogos kurang daripada jangkaan 0.3% tetapi meningkat daripada kemerosotan 0.1% pada Julai.

Secara keseluruhannya pekerjaan meningkat 54,200 pada bulan lepas, diikuti data kaji semula bagi bulan Julai meningkat kepada 29,200. Kenaikan tersebut adalah tiga kali ganda melebihi jangkaan penganalisis yang meletakkan tambahan 17,500 pekerjaan sahaja.

Butiran penting pada bacaan ini adalah angka pekerjaan sepenuh masa yang meningkat kepada 40,100, diikuti data kaji semula yang jatuh 19,800 pada bulan sebelumnya. Pekerjaan sambilan juga naik 14,100.

  • Penetapan polisi SNB (Khamis)

SNB menjelaskan mereka akan kekal aktif dalam pasaran petukaran matawang asing seperti biasa sambil meneliti keadaan keseluruhan matawang yang lain.

Sasaran polisi SNB adalah untuk mencapai kestabilan harga disamping memacu aktiviti ekonomi. Kadar yang negatif dan campur tangan bank pusat bertujuan untuk mengurangkan tarikan pelabur pada aset-aset Swiss supaya ransangan terhadap matawang franc dapat dikurangkan.

  • Penetapan polisi BoE (Khamis)

Bank of England berkata bahawa kenaikan kadar faedah pertama sejak lebih daripada sedekad lalu mungkin perlu dalam beberapa bulan akan datang, jika ekonomi terus berkembang dan tekanan inflasi terus meningkat.

  • Data CPI US (Khamis)

Harga pengguna (CPI, consumer price index) bagi Amerika Syarikat meningkat 0.4% pada Ogos berbanding ramalan 0.3%. Dari segi tahun ke tahun bacaan meningkat dalam tempoh 12 bulan sehingga Ogos kepada 1.9% dari 1.7% dengan jangkaan 1.8%.

  • Data jualan runcit US (Jumaat)

Jualan runcit (retail sales) di Amerika Syarikat pada Ogos jatuh melebihi jangkaan pasaran, merosot 0.2% berbanding jangkaan kenaikan 0.1%. Data pada Julai dikaji semula kepada kenaikan 0.3% berbanding data sebelum iaitu 0.6%.

Peningkatan data jualan runcit adalah berhubung kait secara langsung dengan pertumbuhan ekonomi, di mana jualan yang merosot menunjukkan kemerosotan dalam ekonomi secara keseluruhan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat