Ulasan Pengumuman Pemotongan Cukai Terbesar Dalam Sejarah Amerika Syarikat

122

Pentadbiran Turmp menyatakan perancangan cukai US yang ditunggu-tunggu semalam yang dikatakan sebagai “Pemotongan cukai terbesar” dalam sejarah Amerika Syarikat.

Setiausaha perbendaharaan US Steve Mnuchin dan juga penasihat ekonomi Gary Cohn menggariskan perubahan cukai tersebut kepada wartawan semalam. Dalam usaha untuk meningkatkan ekonomi, pihak pentadbiran US mahu menotong cukai pendapatan persekutuan kepada 15% bagi syarikat korporat daripada 35%.

Selain itu, ia juga akan mengurangkan kadar cukai kepada perniagaan perkongsian kecil dan pemilikan tunggal kepada 15 peratus daripada 39.6 peratus.

Perancangan ini juga mengguna pakai sisitem cukai wilayah yang bermaksud keuntungan yang didapati dari luar negara tidak akan dikenakan cukai.

Walaupun perancangan cukai ini dilihat sebagai positif di Wallstreet, tetapi ia masih lagi menjadi tanda tanya tentang bagaimana ia akan diseimbangkan semula apabila pendapatan kerajaan jatuh mendadak. Namun pegawai terlibat tidak menjawab sama ada perubahan ini akan menyebabkan perbelanjaan defisit kerajaan US menjadi semakin besar.

Mnuchin menyatakan antara sebab yang dinyatakan oleh Presiden Trump sebelum ini iaitu, “perubahan ini akan diseimbangkan semula oleh pertumbuhan.”

Ada kritikan yang menyatakan bahawa White House terlalu bergantung kepada pertumbuhan ekonomi yang kukuh yang tidak diketahui sama ada menjadi kenyataan dalam polisi terbaru ini. Walaupun perancangan ini akan melonjakkan pertumbuhan dalam jangka pendek, ada pendapat juga menyatakan ia tidak cukup untuk menstabilkan semula pemotongan cukai yang besar ini.

Berikutan daripada perubahan ini juga akan menyebabkan kerajaan US kehilangan pendapatan sehingga USD6 trillion dalam sepuluh tahun pertama dan USD20 trillion menjelang 2036.

Matlamat pentadbiran Trump untuk mengubah sistem percukaian di US ini dijangka akan berhadapan dengan halangan dari kalangan ahli Kongres parti Demokrat dan juga dari parti Republikan sendiri.

Pentadbiran Trump akan membawa perkara ini secara rasmi ke Kongres bulan hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat