Ulasan Penuh Data NFP Dan Sebab US Dolar Melonjak Tinggi

75

US Dolar melonjak tinggi sejurus data ini dikeluarkan dengan USDJPY naik sehingga hampir 100 pip setakat pukul 10.23 malam. EURUSD pula setakat ini telah jatuh hampir 150 pip. Manakala GBPUSD jatuh lebih dari 100 pip.

Kenapa agaknya US Dolar melonjak begitu banyak dalam data NFP kali ini? Jom ikuti ulasan lanjut agar anda tidak tertanya-tanya kenapa agaknya US Dolar naik begitu kuat.

Ulasan

Jumlah tambahan pekerjaan dalam sektor bukan perladagan (non-farm payrolls, NFP) di Amerika Syarikat meningkat sebanyak 209,000 bulan lalu dengan jangkaan pasaran hanya 180,000.

Data bulan Jun pula telah dikaji semula kepada 231,000 dari 222,000 sebelum ini yang mana menunjukkan prestasi pasaran pekerjaan yang terus kukuh di US.

Pekerjaan dalam sektor pembuatan meningkat 16,000 berbanding sebelum ini yang hanya merekod tambahan 12,000, manakala dalam sektor pembinaan bertambah 6,000. Hanya sedikit peningkatan dalam sektor perkhidmatan bulan lalu dengan pertumbuhan yang kukuh dalam sektor professional dan perkhidmatan perniagaan.

Sektor kerajaan pula menambah sebanyak 4,000 pekerjaan selepas kajian semula kepada 37,000 pada Jun, di mana peningkatan yang signifikan sebanyak 205,000 dalam sektor swasta pada Julai.

Kadar pengangguran pula berkurangan kepada 4.3% dari 4.4% yang dicatat pada Jun yang juga merupakan paras terendah sejak 10 tahun lalu.

Kadar penyertaan di dalam tenaga kerja meningkat kepada 62.9% daripada 62.8% dengan 345,000 orang dilaporkan mendapat pekerjaan pada Julai.

Dalam data tumpuan pasaran, Average Hourly Earnings (Purata gaji per/jam) naik 0.3% bulan lalu berbanding sebelum ini hanya naik 0.2%, dengan kenaikan tahunan sehingga 2.5% berbanding sebelum ini 2.4%.

Keyakinan dalam pasaran pekerjaan Amerika Syarikat ketika ini melonjak dengan ketiga-tiga data menunjukkan prestasi positif dengan tiada tanda-tanda kelemahan yang signifikan di dalam komponen-komponen data pekerjaan.

Dengan data inflasi sebelum ini dilihat lemah, data kali ini sudah tentu akan memperbaharui jangkaan positif terhadap perancangan pengetatan kadar faedah Federal Reserve.

Sejak akhir-akhir ini, data ekonomi khususnya pertumbuhan gaji adalah faktor besar yang memburukkan jangkaan pasaran terhadap kenaikan kadar faedah jangka pendek.

Oleh itu, dengan data pekerjaan yang secara keseluruhan adalah positif, ia sepatutnya melonjakkan keyakinan terhadap pengetatan polisi apabila dilihat dengan kombinasi pengetatan pasaran pekerjaan dan peningkatan kadar gaji.

 

Fundamental VS Teknikal. Yang mana lagi Power????

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat