Ulasan Penuh News Besar NFP, Data Pekerjaan Bercampur-Campur

68

Laporan data pekerjaan menunjukkan data yang bercampur-campur dengan tambahan pekerjaan bukan perladangan melebihi jangkaan pasaran pada Jun. Walaubagaimanapun, bacaan mengecewakan dicatat dalam dua komponen data pekerjaan iaitu kadar pengangguran dan kadar kenaikan gaji.

Pekerjaan di Amerika Syarikat bertambah sebanyak 220,000 berbanding kenaikan 152,000 yang telah dikaji semula pada Mei. Jangkaan pasaran bagi data kali ini ialah pekerjaan bertambah 175,000.

Kadar pengangguran meningkat dengan tidak dijangka kepada 4.4% berbanding bacaan sebelum dan jangkaan pasaran 4.3%.

Average hourly earnings (purata gaji per jam) hanya meningkat 0.2% pada Jun di mana pasaran menjangka kenaikan 0.3% tetapi lebih tinggi dari bacaan sebelum ini 0.1%. Dari segi tahunan, kenaikan kadar gaji naik 2.5% berbanding jangkaan 2.6% tetapi sejajar dengan bacaan bulan Mei.

Kenaikan gaji adalah perhatian utama bank pusat untuk melihat bukti tekanan ke atas terhadap inflasi. Data ini adalah penting kerana data inflasi sebelum ini agak mengecewakan dan seterusnya memberi sedikit tekanan kepada potensi kenaikan kadar faedah di masa hadapan.

Sektor swasta mencipta lebih banyak pekerjaan baru pada Jun sehingga 187,000 berbanding jangkaan 172,000.

Sektor kerajaan pula meningkat 35,000 berbanding hanya 7,000 pada Mei yang kini dikaji semula kepada 9,000 pekerjaan.

Walaupun kadar pengangguran meningkat ia dilihat sebagai hasil daripada kadar penyertaan dalam tenaga buruh yang meningkat kepada 62.8% dari 62.7%.

Secara keseluruhan, bacaan yang mengecewakan dalam data gaji dijangka akan menjadikan ahli-ahli The Fed lebih dovish dan mengurangkan potensi kenaikan kadar faedah.

Jangkaan pasaran sebelum data ini dikeluarkan adalah neutral berikutan data ADP yang kurang daripada jangkaan dengan tiada bukti jelas dalam data PMI sebelum ini.

Walaupun, pekerjaan meningkat lebih dari jangkaan, reaksi pasaran banyak disebabkan oleh data gaji yang mengecewakan sejurus data dikeluarkan. Sebab itu kita melihat Eur/Usd pada mulanya spike ke bawah sebelum mengukuh semula yang menggambarkan kelemahan US dolar disebabkan data gaji tersebut.

Walaubagaimanapun, Eur/Usd ketika ini melemah semula setakat pukul 9 pm. Ia wajar dengan data yang dianggap sebagai bercampur-campur menyebabkan halatuju pasangan matawang juga tidak jelas dengan data average hourly earnings dikaji semula kepada 0.1% dari 0.2% pada Mei.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat