Ulasan Penuh News Mesyuarat FOMC, US Dolar Terus Tertekan

62

Berdasarkan laporan terkini mesyuarat Federal Open Market Committee (FOMC) pagi tadi, kadar faedah di kekalkan pada 1.25%

Kesemua ahli mesyuarat bersepakat untuk mengekalkan kadar faedah dengan undian 9-0 selari dengan keadaan ekonomi semasa dan tiada sebarang isyarat bank pusat akan naikkan kadar dalam masa yang terdekat.

Melalui data-data ekonomi lepas, ahli jawatankuasa melaporkan pasaran pekerjaan kekal teguh dengan data pengangguran yang semakin menurun, di tambah pula dengan hasil pendapatan isi rumah dan pelaburan dalam sektor perniagaan yang terus berkembang.

Bank Pusat juga menjelaskan, risiko terhadap keseimbangan ekonomi dalam masa terdekat ini tidak begitu membimbangkan, namun perkembangan inflasi akan sentiasa di teliti dari semasa ke semasa.

Sebelum ini para pelabur meragui tentang waktu kenaikan kadar faedah berikutan data inflasi yang jatuh sedikit daripada sasaran 2%. Namun begitu, kebanyakannya menyokong pandangan bahawa inflasi akan naik dalam jangka masa sederhana. Justeru, bank pusat masih di jangka akan menaikkan kadar faedahnya tahun ini.

Berdasarkan laporan semalam juga, kita dapat lihat nada hawkish yang bersifat sederhana berikutan kadar inflasi yang tidak mencapai sasaran.The Fed di jangka akan melaksanakan pengecilan penyata imbangan dan mengusulkan kenaikan kadar faedah pada September depan.

Perlaksanaan ini penting bagi menentukan hala tuju ekonomi US serta meyakinkan pasaran. Secara keseluruhan, kenyataan bank pusat boleh dutafsirkan sebagai ‘dovish’ sekaligus membenam US dolar pagi tadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat