Ulasan Pergerakan Matawang AUD Sepanjang Minggu Ini (14-18 Mei)

219

Matawang AUD didagangkan bercampur-campur pada minggu ini. Aussie juga membuat pergerakan yang seiring berbanding beberapa matawang utama yang lain, menunjukkan bahawa pair ini bukan sahaja digerakkan oleh pasangan matawangnya tetapi juga digerakkan oleh matawang AUD itu sendiri.

Jika melihat kepada pergerakan pair ini sejak daripada Isnin, pergerakan matawang AUD dilihat seiring dengan pergerakan harga emas sehinggalah pada Rabu.

Matawang AUD sedikit tertekan selepas minit mesyuarat RBA (Reserve Bank of Australia) dikeluarkan pada Selasa. Hal ini disebabkan tiada perkara baru yang diperkatakan oleh bank pusat dengan RBA hanya mengulangi komennya bahawa, “tindakan perubahan kadar selepas ini adalah kenaikan, berbanding penurunan”, dan ia juga menekankan bahawa “tiada perubahan dalam masa terdekat.”

Selain itu, faktor penurunan AUD pada awal minggu ini juga adalah disebabkan pengukuhan matawang US dollar yang disokong oleh peningkatan hasil-bon Amerika Syarikat.

Matawang AUD membuat sedikit kenaikan pada Rabu dengan harga emas ketika itu juga membuat kenaikan disebabkan nilai US dollar yang melemah. US dollar mulai melemah apabila hasil-bon Amerika Syarikat susut dari paras tertinggi dengan Korea Utara juga mengancam untuk meninggalkan rundingan dengan Amerika dan Korea Selatan.

Sentimen berisiko semakin pulih pada Rabu dalam sesi New York dan terus menyokong kenaikan Aussie. Matawang Aussie terus mendapat sokongan apabila data pekerjaan merekodkan catatan melebihi jangkaan pasaran. Hari ini, Aussie sekali lagi mengikuti pergerakan emas yang menurun setakat pada pukul 6 petang pada Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat