Ulasan Pergerakan Matawang Yen Sepanjang Minggu Ini (14-18 Mei)

647

Yen meneruskan prestasi buruk pada minggu lalu dengan menjadi matawang yang paling lemah pada minggu ini. Seperti biasa matawang Yen banyak dipengaruhi oleh pergerakan menaik Hasil-Bon Amerika Syarikat. Disebabkan peningkatan hasil-bon inilah, matawang Yen terus tertekan iaitu sebab yang sama kepada kejatuhan Yen pada minggu lalu.

Selain itu, sentimen berisiko juga telah mempengaruhi pergerakan matawang Jepun ini. Paling jelas dilhat pada Isnin dan Selasa apabila hasil-bon meningkat ke paras tertinggi sekaligus menyebabkan Yen melemah berbanding matawang utama yang lain.

Yen terus melemah pada Jumaat apabila data inflasi CPI Jepun yang dikeluarkan pada pagi tadi meleset daripada jangkaan dengan bacaan masih jauh daripada sasaran 2%.

Kesimpulannya, kejatuhan matawang Yen pada minggu ini lebih banyak disebabkan oleh peningkatan hasil-bon Amerika Syarikat. Hasil-bon 10-tahun Amerika merekodkan kenaikan empat hari berturut-turut sejak Isnin hingga Khamis.

Peningkatan hasil-bon di Amerika Syarikat menyebabkan pelabur-pelabur beralih ke Amerika Syarikat dengan menukarkan Yen kepada US dollar untuk melabur dalam pasaran bon negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat